Skip to main content

"Kalau Kita Tak Sokong, Siapa Lagi?" - Tumpang Bangga, Aliff Syukri Turun Padang Bantu Usahawan Baharu

aliff_kopi

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri komited untuk terus menyokong usahawan baharu tanpa berkira, terutama usahawan Melayu.
  • Beliau bangga melihat usahawan muda tempatan berjaya membina perniagaan walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar.
  • Aliff turut memberi sokongan kepada jenama kopi tempatan yang menawarkan kualiti baik dengan harga berpatutan.
Advertisement

Usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan kesediaan untuk terus turun padang memberi sokongan kepada usahawan baharu tanpa sebarang rasa berkira.

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu mengakui rasa bangga melihat kesungguhan anak tempatan yang berusaha membina kerjaya dalam bidang perniagaan.

Advertisement

“Kenapa saya nak berkira untuk beri sokongan kepada usahawan baharu? Saya berbangga. Dalam kegawatan ekonomi dunia, ekonomi Malaysia makin bagus, ada usahawan Melayu yang maju dalam perniagaan.

“Kalau kita tak sokong orang Melayu kita, siapa lagi? Kita nampak apa yang sudah mega, kedai besar, kedai mewah tapi di sebaliknya, bukan senang nak membangunkan perniagaan.

“Jadi, saya dah lama meniaga, tengok usahawan muda berjaya, saya sama-sama tumpang bangga,” katanya kepada Gempak.

Aliff ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran Juz Coffee yang berlangsung di Seksyen 13 Shah Alam pada Sabtu. Kedai kopi baharu itu diasaskan oleh usahawan muda, Mohd Irfan Raziq Zakariya bersama penyanyi Asfan Shah.

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi pandangannya bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan kopi berkualiti yang ditawarkan pada harga berpatutan.

“Saya datang dan beri sokongan. Selalunya, jenama kedai kopi yang terkenal dimiliki oleh usahawan luar negara. Bila saya dapat tahu ada jenama kedai kopi milik orang kita, harga juga murah dan rasanya sedap, jadi saya sokong.

Advertisement

“Saya memang menyokong semua perniagaan tempatan, khususnya orang Melayu yang mahu melangkah maju ke hadapan. Lagipun, harga yang mereka tawarkan juga berpatutan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Must Watch Video

Advertisement