Skip to main content

Selebriti

Kapsyen ‘Budak 5 Tahun Pun Boleh Buat’ Jadi Isu, Atikah Suhaime; “Kenapa Zaman Sekarang Orang Senang Tersakiti?”

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Atikah Suhaime berkongsi rasa hairan tentang sikap sesetengah orang yang mudah tersinggung dengan ayat "budak 5 tahun pun boleh buat" dalam video resipi masakannya.
  • Dia mempertahankan kenyataannya dengan menjelaskan anak saudaranya yang berusia lima tahun memang mampu menyediakan resipi nasi ayam tersebut kerana ia sangat mudah.
  • Perkongsian Atikah mendapat sokongan netizen yang melihat ayat itu sebagai perumpamaan untuk menunjukkan kemudahan resipi tersebut.
Advertisement

Pelakon, Atikah Suhaime meluahkan rasa hairan melihat sikap segelintir individu yang disifatkannya mudah tersinggung dengan perkongsian di media sosial, termasuk pemilihan ayat yang digunakan.

Menerusi Threads, Atikah berkongsi tangkap layar perbualannya dengan seorang netizen di Instagram yang menegur penggunaan ayat “budak 5 tahun pun boleh buat” dalam video resipi masakannya.

Advertisement

“Boleh tak saya nak tahu kenapa zaman sekarang orang semua suka cepat terasa? Apa yang sebenarnya terjadi? Macam semua perkataan boleh terasa. Kenapa zaman sekarang orang senang tersakiti,” tulisnya.

Mengulas mengenai tangkap layar tersebut, individu berkenaan berpendapat Atikah sepatutnya menggunakan kapsyen yang lebih memberi motivasi dan tidak membiasakan penggunaan ayat seperti itu kerana beranggapan kanak-kanak berusia lima tahun belum tahu memasak.

Bagaimanapun, Atikah mempertahankan kenyataannya dengan menjelaskan bahawa anak saudaranya yang berusia lima tahun sememangnya mampu menyediakan resipi nasi ayam tersebut kerana ia sangat mudah.

“Apa sis. Macam ini pun boleh terasa ke? Tapi anak saudara saya yang berusia lima tahun memang boleh masak resipi nasi ayam ini. Memang betul sebab ia sangat mudah,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyokong Atikah. 

Mereka berpendapat ayat tersebut hanyalah satu perumpamaan untuk menggambarkan betapa mudahnya resipi berkenaan disediakan.

“Ayat budak 5 tahun pun boleh buat itu umpama perumpaan sahaja. Its not that deep.

“Metafora pun tak faham ke? Kalau nak mental, mental seorang diri. Pelik lah manusia sekarang.

“Orang tak faham metafora ke? Allahu.

“Tak bestnya hidup orang yang semua benda nak ambil serius,”komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY 30CM Maifan Stone Casserole Induction Double Flavor Divider Hot Pot Steamboat Bowl Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY 30CM Maifan Stone Casserole Induction Double Flavor Divider Hot Pot Steamboat Bowl Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

X-Mart Rectangular Trash Bin Box Kitchen Bathroom Toilet Trash Can With Lid Waste Garbage Bin

X-Mart Rectangular Trash Bin Box Kitchen Bathroom Toilet Trash Can With Lid Waste Garbage Bin

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

Mattress after-sales consulting service Mattress after-sales consulting service

Mattress after-sales consulting service Mattress after-sales consulting service

Must Watch Video

Advertisement