Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Ada Empat Perkara Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Industri Seni” – Hisyam Hamid

Z. Nadzri
30/01/2018 02:05 MYT
Pelakon Hisyam Hamid, 32, berasakan dua artis yang berasal dari negaranya iaitu Singapura, yang baru menyandang gelaran Datuk iaitu Adi Putra dan Aaron Aziz, layak mendapatnya kerana mereka sudah lama bertapak dalam industri hiburan Malaysia dan banyak melakukan kerja amal.

Hisyam tumpang gembira dengan pencapaian mereka berdua.

“Mereka sudah ada pencapaian yang besar dalam bidang lakonan dan banyak menang anugerah. Saya masih baru lagi berlakon di Malaysia dan belum ada kejayaan yang boleh dibanggakan.

“Saya belum mampu berangan untuk dapat Datuk dan jika suatu hari nanti, saya juga dapat gelaran itu, ia adalah bonus.

“Apa yang utama sekarang, saya kena kekalkan momentum saya dalam bidang lakonan, terus relevan dan dapat bertahan dalam industri,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Agar penonton tidak jemu dengannya, tahun lalu Hisyam tidak berlakon drama TV.

“Saya mesti jaga eksklusiviti di mana 2017 saya banyak terbabit dalam projek khas. Tahun ini saya berlakon drama semula dan saya lihat juga pada jalan ceritanya,” katanya.

Tegas Hisyam lagi untuk berjaya dalam industri, mesti ada bakat, komitmen, berdisiplin dan jaga kelakuan, bukannya terletak pada followers yang tinggi laman sosial.

“Lainlah kalau nak buat bisnes tetapi kalau nak jadi pelakon yang bagus mesti ada empat perkara yang saya sebutkan tadi,” katanya.

#Selebriti #Selebriti
;