Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

Mya Amri
11/09/2024 12:25 MYT
Pelakon, Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.

Mural terbesar


Sebagai teraju utama filem Keluang Man, Nas berkata dia teruja sebaik sahaja mendapat tahu tentang projek mural gergasi itu.

“Ini adalah mural Keluang Man paling besar, tiga tingkat. Jadi ini adalah satu pencapaian dan juga penghormatan buat team Keluang Man.


“Saya rasa bangga, teruja sebab kita ada mural hebat seumpama ini dan saya sendiri terlibat dalam projek untuk Keluang Man,” katanya ketika ditemui Gempak.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Kebangaan orang Kluang


Dalam pada itu, Nas juga berharap mural ikonik ini dapat menarik minat orang ramai untuk mengabadikan Keluang Man sebagai satu kenangan bersama keluarga selain memperkenalkan animasi popular itu kepada generasi akan datang.

“Mural ini membawa satu petanda, kebanggaan untuk orang-orang Kluang dan menjadi satu tarikan buat mereka di luar sana.


“Saya harap mereka akan datang ke sini untuk memeriahkan dan memperkenalkan Keluang Man kepada generasi akan datang,” ujarnya.

Mural ini juga bakal muncul di dalam filem live-action Keluang Man yang ditunggu ramai.

Sesi pelancaran diadakan di lokasi mural iaitu Laman Pesona, Kluang dan dihadiri oleh barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan Shweta Sekhon, selain Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad serta Pengarah Anwari Ashraf.

Turut menyaksikan momen bersejarah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram, Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Rafi bin Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati binti Wahid.

Kehadiran mereka adalah untuk melengkapkan lukisan mural tersebut.

Mural ini menampilkan visual karakter-karakter utama filem seperti Keluang Man, Shamsir, Ahmad, Inspektor Sahab, Doktor Malini dan Bebe iaitu kucing kesayangan Keluang Man.

Mural setinggi tiga tingkat itu merupakan hasil lakaran artis grafiti terkenal Abdulrashade, dan mengambil 10 hari untuk disiapkan.

Mural ini mendapat sokongan daripada pihak Majlis Perbandaran Kluang yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Daerah Kluang, Johor.

Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.

Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.

Terdahulu, Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee telah melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.

Edisi baharu ini kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.

Jadi, dapatkan sekarang dan nikmati rasa sebenar kopi Kluang yang penuh kelazatan. Cita rasa kita, wira kita.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wonda Coffee dan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’, sila layari Facebook dan Instagram.

Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025.
#Johor #Keluang Man #Mural #Kluang #Nas Muammar Zar #Mural Gergasi