Skip to main content

Selebriti

Kenyataan Suka Dengan Lelaki Berwajah Korea Hanya Jawapan ‘Selamat’ Siti Khadijah - “Saya Kalau Boleh Tidak Mahu…”

IMG 5089

Sekilas

  • Siti Khadijah Halim jelaskan kenyataan suka lelaki ala jejaka Korea sebelum ini hanyalah gurauan dan jawapan selamat untuk elak kontroversi.
  • Pelakon From Saga With Love itu terkejut kenyataannya tetap mengundang reaksi kurang senang daripada sesetengah pihak.
  • Dia berharap orang ramai lebih fokus pada perkembangan kerjaya seninya daripada kehidupan peribadi.
Advertisement

Pelakon, Siti Khadijah Halim menjelaskan kenyataannya mengenai menyukai lelaki ala jejaka Korea sebagai calon pasangan hidup sebelum ini hanyalah gurauan.


 

Advertisement

Menurut pelakon From Saga With Love itu, kenyataan yang diberikan ketika muncul dalam podcast itu dianggap sebagai ‘jawapan selamat’ bagi mengelakkan sebarang kontroversi atau salah faham.


 

“Sebenarnya itu jawapan selamat saya. Kalau saya kata suka suami orang, susah pula nanti. Jadi, kita ambil jawapan yang tidak akan membuatkan sesiapa rasa tersinggung,” katanya kepada Gempak, baru-baru ini.


 

Advertisement

Bagaimanapun, Siti Khadijah mengakui terkejut apabila kenyataan tersebut tetap mengundang reaksi kurang senang daripada segelintir pihak yang menganggapnya serius.


 

Katanya, dia tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, sebaliknya mahu orang ramai lebih memberi perhatian kepada perkembangan kerjaya seninya berbanding kehidupan peribadi.


 

“Nampaknya masih ada yang terasa hati juga, jadi saya pun pelik. Janganlah fikir begitu kerana memang bukan niat saya.


 

“Saya kalau boleh tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Apa yang saya mahukan adalah orang ramai menilai dan memberi perhatian kepada hasil kerja saya,” katanya.


 

Mengulas sama ada dia benar-benar meminati lelaki Korea Selatan, Siti Khadijah tidak menafikan penampilan fizikal golongan tersebut sememangnya menarik perhatian, namun sekadar dari sudut pandangan umum.


 

“Dua-dualah, suka dan jawapan selamat. Orang tanya, kita jawab. Memang mereka sedap mata memandang. Tetapi setakat itu sahajalah, sekadar sedap mata memandang,” katanya berseloroh.


 

Terdahulu, Siti Khadijah mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan kecenderungannya terhadap lelaki yang mempunyai ciri-ciri ala jejaka Korea Selatan dalam sebuah program audio siar.


 

Walaupun kenyataan itu dibuat secara berseloroh, segelintir peminat meluahkan rasa kecewa malah ada yang memuat naik video di media sosial sebagai jenaka bagi meyakinkan pelakon tersebut untuk memilih lelaki Melayu sebagai pasangan hidup.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Must Watch Video

Advertisement