Sekilas
- Hafiz Mahamad tampil mempertahankan isterinya, Syafiqah Aina, yang dikecam kerana kenyataannya mengenai Segamat disalah erti.
- Hafiz menegaskan Aina sudah penat dengan rutin harian dan menolak tindakan individu yang sengaja mencipta persepsi negatif terhadapnya.
- Aina menjelaskan kenyataannya berdasarkan pengalaman di Sapporo, Jepun, dan menafikan dia merendahkan Segamat yang merupakan tempat asalnya.
Susulan Syafiqah Aina dikecam gara-gara kenyataan mengenai Segamat disalah erti, pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil mempertahankan isterinya.
Hafiz mempersoalkan tindakan individu yang seakan-akan sengaja mencipta persepsi negatif terhadap Aina dengan memuat naik semula kenyataan isterinya sehingga menimbulkan salah faham.
Menurut Hafiz lagi, isterinya sudah cukup penat dengan rutin harian menguruskan anak-anak dan kerja.
“Masuk IG story, screenshot dan cuba create persepsi yang buat orang salah anggap. Adik, isteri saya dah cukup penat dengan rutin dia (urus anak, kerja dan lain-lain).
“Jadi, kalau nak berperangai macam ini biar ke saya. Jangan isteri saya. Isteri saya dikenali dengan orang yang sentiasa merendah diri dan tidak sombong,” kongsinya.
Pada perkongsian di Instastory, Hafiz memberitahu dia kadang-kala membiarkan orang yang mengenali Aina memberi respon terhadap perkara sebegitu.
“Kadang, saya biarkan sahaja mereka yang mengenali Aina yang respon dan reply benda macam ini,” katanya lagi.
Sebelum ini, Syafiqah Aina menafikan kenyataannya tentang Segamat sebagai membosankan dan menjelaskan ia berdasarkan pengalaman di Sapporo, Jepun.
Dia menjelaskan Sapporo yang tenang dan bangunan lama mengingatkannya kepada suasana di Segamat, bukan bermaksud mengutuk daerah tersebut.
Aina juga berkongsi latar belakangnya yang berasal dari Segamat dan menegaskan dia tidak pernah merendahkan daerah itu.