Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

Firdaus
10/09/2024 13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.

Teruja Kembali Sebagai Juri

Hampir tujuh tahun menyepi, Erra atau pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, menyifatkan program Kilauan Emas sebagai sesuatu rancangan realiti yang mempunyai identiti tersendiri dan mampu menarik minat ramai pihak.

“Kilauan Emas ni dekat dengan saya sebab masa zaman saya masih belum berhijab pun saya dah jadi juri. Bila program ni kembali setelah tujuh tahun saya rasa sangat-sangat teruja apabila dipanggil kembali sebagai juri.

“Bagi saya ini satu program yang lain daripada yang lain. Kalau pertandingan lain yang mencungkil bakat baru, untuk generasi-generasi baru itu dah biasa.

“Kilauan Emas ni pada saya ia sangat berwarna-warni untuk tontonan ramai. Sebab setiap peserta masing-masing ada karakter dan penyampaian yang tersendiri,” katanya.

Untuk musim terbaharu ini, barisan peserta yang akan bersing merupakan 12 orang peserta solo yang terdiri daripada warga Malaysia, dari seluruh negeri seperti Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Semblan, Melaka dan Terengganu, berusia diantara 46 tahun sehingga 68 tahun, iaitu peserta paling senior pada musim ini.

Kilauan Emas 2024 bakal digegarkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.

Selain Erra, bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda seperti Datuk Hattan dan pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang menyerikan lagi episod-episodnya.

BERITA TRENDING: Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

​BERITA TRENDING: Foto Perkahwinan Tergantung Di Dinding Rumah, Erra Fazira Tepis Dakwaan Sudah Bersuami - "Saya Masih …”

​BERITA TRENDING: Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?

​BERITA TRENDING: “Saya Tak Keluar Cari Mereka” - Engku Emran

Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30%* dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Erra Fazira #Juri #Kilauan Emas 2024