Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kilauan Emas 2024: Maria Tak Tertekan Menang Emas Berkilau Of The Week 3 Minggu Berturut-Turut, Akan Terus Usaha Bagi Yang Terbaik

Firdaus
06/10/2024 02:06 MYT
Tiga minggu berturut-turut memenangi anugerah Emas Berkilau of The Week, peserta Kilauan Emas 2024, Maria menyatakan dirinya tidak tertekan dengan pengiktirafan yang diterima.

Menurut Maria, dia akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat penyokong-penyokongnya namun tidak menjadikan trofi tersebut sebagai penanda aras prestasinya di dalam pertandingan berkenaan.

“Bila setiap minggu saya dapat (trofi), saya tak rasa apa-apa tekanan. Saya semuanya saya dah pasrah, kalah menang itu biasa.

“Kalau rezeki saya untuk memenangi trofi ini lagi buat minggu kelima, alhamdulillah. Kalau tak ada rezeki, tidak mengapa, saya akan berusaha lagi,” ujarnya.

Untuk info, Maria berjaya mengungguli tempat pertama buat minggu keempat Kilauan Emas 2024 dengan markah keseluruhan 80.63%.

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Maria Raih Emas Berkilau Of The Tiga Kali Berturut-Turut, Tiada Penyingkiran Di Minggu Keempat

​BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Terlupa Lirik Faktor Utama Hamid Tersingkir, Dino Reda Perjalanan Terhenti Di Minggu Ketiga

​BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Maria Raih Tempat Pertama, Hamid & Dino Tersingkir Di Minggu Ketiga

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Persembahan Ina Raih Perhatian Ade Govinda, Tak Tolak Permintaan Bekerjasama

Minggu hadapan bakal menyaksikan 10 lagi peserta berentap di pentas Kilauan Emas 2024.

Kilauan Emas 2024 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.

Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Untuk pilihan lebih fleksibel, Kilauan Emas 2024 boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30% dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu. Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Astro #Kilauan Emas #Maria #Kilauan Emas 2024
;