Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kilauan Emas 2024: Terlupa Lirik Faktor Utama Hamid Tersingkir, Dino Reda Perjalanan Terhenti Di Minggu Ketiga

Firdaus
29/09/2024 02:55 MYT
Minggu ketiga Kilauan Emas 2024 menyaksikan dua daripada 12 peserta tersingkir iaitu Hamid dan Dino.

Dino Reda Tersingkir

Gagal menambat hati juri dengan persembahan lagu Aku Semut Merah nyanyian asal Meggy Z, Dino yang meraih markah keseluruhan 57.48% mengakui menerima penyingkirannya dengan hati yang terbuka.

“Apa-apa pun saya terima dengan hati yang terbuka, tak ada masalah. Ini adalah adat pertandingan.

“Dalam pertandingan mesti akan ada yang tersingkir, jadi yang tersingkir itu untuk minggu ini adalah saya sendiri. Saya terima keputusan itu dengan reda,” katanya.

Hamid Terkilan

Sementara itu, peserta kedua yang tersingkir iaitu Hamid menyatakan bahawa dia agak terkilan dan tidak berpuas hati dengan persembahannya untuk minggu ketiga Kilauan Emas 2024.

“Sudah tentu saya sedih...

“Bila tiba masa untuk buat persembahan, saya rasa blank (kosong), tak ingat lirik. Disebabkan itu saya tak boleh buat apa.

“Sudah tentu saya sedih, saya buat latihan tiga kali dan semuanya okey, tapi memang saya tak puas hati dengan persembahan saya malam ini, tapi nak buat macam mana, benda pun dah jadi,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Maria Raih Tempat Pertama, Hamid & Dino Tersingkir Di Minggu Ketiga

​BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Persembahan Ina Raih Perhatian Ade Govinda, Tak Tolak Permintaan Bekerjasama

​BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Berdepan Masalah Kesihatan, Budin Harap Suara Kembali Pulih

​BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Ina Raih Tempat Pertama, Dino Pukau Juri, Maria Bawa Pulang Piala Emas Berkilau Of The Week

Sekadar info, untuk minggu ketiga Maria berjaya mengungguli tempat pertama dengan markah keseluruhan 75.85% di samping membawa pulang trofi Emas Berkilau of The Week.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 10 lagi peserta berentap dalam Kilauan Emas 2024.

Kilauan Emas 2024 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.

Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Untuk pilihan lebih fleksibel, Kilauan Emas 2024 boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30% dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu. Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Kilauan Emas #Tersingkir #Hamid #Kilauan Emas 2024 #Dino
;