Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kilauan Emas Kembali! Tampil Kelainan Peserta 'Unsung Hero', KLPP Hos Utama

Firdaus
27/08/2024 12:13 MYT
Astro kembali menampilkan bakat-bakat dari generasi X iaitu rakyat Malaysia yang berusia 45 tahun ke atas untuk bertanding dalam program realiti legenda, Kilauan Emas 2024, sebuah program nyanyian kompetitif yang telah mencungkil banyak bakat otai tempatan terpendam di Malaysia.

Program Kilauan Emas kali ini membawakan nafas baharu dengan tema 'Otai Kembali Berbisa', membuka ruang dan peluang kepada bakat tempatan otai tempatan untuk mempamerkan bakat terpendam mereka dalam bidang nyanyian.

Bakat-bakat yang dipilih juga bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, namun mempunyai pencapaian dan latar belakang unik masing-masing yang memberikan pelbagai corak warna dalam konsert utama Kilauan Emas 2024.

Musim terbaharu ini mencungkil seramai 12 peserta menerusi sesi uji bakat yang telah dijalankan pada 3 & 4 Ogos di SACC Mall, Shah Alam.

Tampilkan Peserta Unsung Hero

Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh pihak Astro sangat teruja untuk membawa program tersebut kembali ke kaca televisyen.

“Kami sangat teruja untuk membawa Kilauan Emas 2024 kembali ke Astro untuk para penonton dan peminatnya.

“Kami sedar ramai rakyat Malaysia berusia 45 tahun ke atas yang berbakat di luar sana yang memerlukan sebuah pentas untuk menonjolkan bakat mereka.

“Oleh itu, kami berikan platform tersebut untuk mereka bersinar. Selari dengan matlamat kami untuk sentiasa mencipta peluang menerusi program realiti, barisan peserta yang bakal berentap di pentas konsert Kilauan Emas 2024 kali ini juga mempunyai keunikan mereka tersendiri.

“Namun istimewanya pada musim terbaharu ini, peserta-peserta ini adalah "unsung hero" dalam penceritaan mereka tersendiri dan ingin menceburi bidang nyanyian dalam peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.

Untuk musim terbaharu ini, barisan peserta yang akan bersing merupakan 12 orang peserta solo yang terdiri daripada warga Malaysia, dari seluruh negeri seperti Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Semblan, Melaka dan Terengganu, berusia diantara 46 tahun sehingga 68 tahun, iaitu peserta paling senior pada musim ini.

Kilauan Emas 2024 bakal digegarkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.

Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato' Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.

Persembahan setiap peserta menerusi Kilauan Emas 2024 akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.

Juara 'Kilauan Emas' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30%* dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Astro #Kilauan Emas #Rancangan #Kilauan Emas 2024