Skip to main content

Selebriti

King Coco Akui Nick Pilihan Suami Yang Tepat, Kongsi Sebab Kurang Aktif Di Media Sosial - "Saya Rasa Lebih Tenang"

Bakar isteri

Sekilas

  • King Coco kini lebih tenang selepas melalui pelbagai ujian dan kecaman di media sosial sepanjang beberapa tahun lalu.
  • Dia kurang aktif di media sosial kerana fokus menguruskan kehidupan sebagai isteri dan keluarga bersama suami keduanya, Nick.
  • Coco sedang mempromosikan produk minuman IAmCoco yang membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan keyakinan diri wanita.
Advertisement

Selepas lama menyepi, personaliti media sosial, King Coco mengakui dirinya kini lebih tenang berbanding sebelum ini.

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkata bahawa dia sebak melihat perjalanan hidupnya selepas menempuh pelbagai ujian dan kecaman di media sosial

Advertisement

“Saya rasa sangat sebak. Kalau tengok perjalanan saya dalam media sosial, terlalu banyak perkara yang berlaku. Banyak kecaman dan macam-macam lagi.

“Tetapi dalam tempoh tiga atau empat tahun kebelakangan ini, saya rasa lebih tenang. Bila akhirnya kita dapat capai ketenangan itu, rasa sebak untuk berkongsi dengan semua orang,” katanya kepada Gempak.

Coco ditemui di majlis pelancaran produk IAmCoco yang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas mengenai dirinya yang kurang aktif di media sosial sejak kebelakangan ini, Coco berkata bahawa dia sibuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan berbakti pada keluarganya.

“Saya sebenarnya sibuk menguruskan kehidupan sebagai isteri. Seperti yang ramai tahu, saya sudah berkahwin kali kedua dengan Nick dan sekarang lebih fokus kepada keluarga serta suami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Coco akui dirinya telah membuat pilihan yang tepat untuk mengahwini Nick, malah mereka saling menerima kekurangan diri masing-masing.

“Memang saya akui, saya berada di tangan yang tepat. Tetapi saya tak pernah kata perkahwinan kami sempurna seperti dalam cerita dongeng.

“Ada hari dia kuat dan saya lemah, ada hari saya pula yang lebih kuat. Apa yang penting, kami saling menerima kekurangan masing-masing dan mungkin itu yang membuatkan hubungan kami terus kukuh sehingga hari ini,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Coco kini sedang bergiat aktif dalam mempromosikan produk minuman terbaharunya, IAmCoco.

Menurut Coco, produk tersebut bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, malah menaikkan keyakinan diri wanita.

“Produk ini untuk mereka yang kurang keyakinan diri. Kadang-kadang bila badan berubah, kita mula rasa tak cantik dan hilang keyakinan.

“Saya sendiri pernah melalui fasa itu selepas bersalin apabila berat badan mencecah 66 kilogram. Dari situlah tercetusnya idea IAmCoco kerana saya mahu semua orang rasa yakin dan bangga dengan diri sendiri. Saya dah mencuba sendiri dan syukur Alhamdulillah, saya kini semakin yakin,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

UNISEX Acupressure Reflexology Foot Healthy Massage Slippers Acupuncture Sandal Massager / Selipar Urut Akupuntur

UNISEX Acupressure Reflexology Foot Healthy Massage Slippers Acupuncture Sandal Massager / Selipar Urut Akupuntur

adidas Unisex Face Covers 3-Pack M/L Face Mask Accessories (H08837) Sport Planet 30-5

adidas Unisex Face Covers 3-Pack M/L Face Mask Accessories (H08837) Sport Planet 30-5

[KKM] SABUN TAWAS ASLI HILANGKAN BAU, MENCERAH KETIAK DAN CELAH2 HITAM

[KKM] SABUN TAWAS ASLI HILANGKAN BAU, MENCERAH KETIAK DAN CELAH2 HITAM

Minch Creatine Powder Creatine Muscle Builder for Men & Women Post Workout Gain Strength Build Muscle

Minch Creatine Powder Creatine Muscle Builder for Men & Women Post Workout Gain Strength Build Muscle

[Bundle of 8] Kotex Overnight Panties M-L / L-XL (5s) - Period Panties with 360� Anti-Leakage Protection Disposable

[Bundle of 8] Kotex Overnight Panties M-L / L-XL (5s) - Period Panties with 360� Anti-Leakage Protection Disposable

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

Must Watch Video

Advertisement