Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

29 Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal, Selamat Tinggal Ramadan

Azwa Rahman
03/06/2019 01:00 MYT
Tinggal beberapa hari lagi sebelum ketibaan 1 Syawal, pastinya kemeriahan menyambut lebaran semakin terasa.

Sebelum menentukan tarikh rasmi bagi 1 Syawal, Jabatan Agama akan melakukan proses mencerap anak bulan.

Tarikh Hari Raya Puasa ditentukan berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio serta televisyen.



Kebiasaannya dilakukan di tempat tinggi, ini 29 lokasi yang dikenalpasti untuk melihat anak bulan Syawal pada 3 Jun ini:

1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
3. Teluk Kemang, Negeri Sembilan
4. Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor
5. Bukit Melawati, Selangor
6. Bukit Jugra, Selangor
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang
9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pulau Langkawi
10. Menara Alor Setar, Kedah
11. Bukit Besar, Kuala Terengganu
12. Bukit Geliga, Kemaman
13. Pulau Perhentian, Besut
14. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
15. Bukit Peraksi, Pasir Puteh
16. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai
17. Bukit Besar, Terengganu
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan
19. Bukit Tanjong Batu, Nenasi
20. Gunung Berincang, Cameron Highlands
21. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
22. Menara Kuala Lumpur
23. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
24. Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis
25. Esplanade Luak, Miri
26. Teluk Bandung, Kuching
27. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
28. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
29. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah.


Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang. Selamat datang Syawal, tak sabar nak raya!
#Aidilfitri #Syawal #Anak bulan
;