Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Ada Suruh I Jadi Tukang Tapau" - Lee Chong Wei Kongsi Pengalaman Lucu Sambut Ramadan

Amri Hassan 07/05/2019 | 05:35 MYT
Jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei berkongsi momen-momen melucukan ketika meraikan bulan Ramadan bersama rakan beragama Islam.
Menghormati rakan yang berpuasa, Chong Wei akui turut bangun bersahur beramai-ramai dan elakkan meminum air di hadapan rakan-rakannya yang sedang berpuasa.
"Dari dulu, sejak saya masih berjinak-jinak dengan dunia sukan, selalu juga ikot pasukan daerah dan negeri bertanding luar negeri. Selalunya tempat tidur di asrama. Teammate Melayu Cina India, semua ada.
"Yang paling best, time training dan tournament time bulan Puasa. Siren untuk sahur, sahur juga kita. Sahur beramai-ramai dengan teammates dan pemain-pemain lain, itu salah satu kenangan terindah saya growing up.
Time training, ada member yang Puasa. Kita hormat, nak minum air, kita minum air di hujung court," kongsinya menerusi entri di Instagram.

Dari dulu, sejak saya masih berjinak-jinak dengan dunia sukan, selalu juga ikot pasukan daerah dan negeri bertanding luar negeri. Selalunya tempat tidur di asrama. Teammate Melayu Cina India, semua ada. Yang paling best, time training dan tournament time bulan Puasa. Siren untuk sahur, sahur juga kita. Sahur beramai-ramai dengan teammates dan pemain-pemain lain, itu salah satu kenangan terindah saya growing up. Time training, ada member yang Puasa. Kita hormat, nak minum air, kita minum air di hujung court. Ada juga citer kelakar, kadang-kadang ada juga suruh I jadi tukang tapao. These are the little things that define us, bonding us together as Malaysians :) Hari ini hari Pertama bulan Ramadhan. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumpul sepuluh jari minta maaf kepada semua Dan mengucapkan Selamat Berbulan Puasa kepada semua kawan beragama Islam. Kepada yang tak berpuasa, please hormat kawan-kawan yang Puasa. Bersabar, cuba jangan makan gelojoh depan yang berpuasa, especially di bazaar ramadhan. Isn't is awesome to be #Malaysian? I'm a #ProudMalaysian. #OnlyinMalaysia PS: Isabella masih lagu favorite bazaar? 祝福所有穆斯林同胞在斋戒月里平安健康 ❤️

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Bagaimanapun, Chong Wei akui pernah berdepan situasi melucukan apabila beliau diminta untuk membelikan makanan.
"Ada juga citer kelakar, kadang-kadang ada juga suruh I jadi tukang tapao.
"These are the little things that define us, bonding us together as Malaysians.
"Kepada yang tak berpuasa, please hormat kawan-kawan yang Puasa. Bersabar, cuba jangan makan gelojoh depan yang berpuasa, especially di bazaar ramadhan. Isn't is awesome to be Malaysian," tambahnya.
Chong Wei dalam entri terbabit turut menyampaikan ucapan sempena ketibaan bulan mulia Ramadan.
#Ramadan #Datuk Wira Lee Chong Wei #Tapau
;