Aduh, Terliur! Pearl Milk Tea Buat Sendiri Sempena Ramadan Ini, Why Not?
Azwa Rahman
09/05/2019 08:48 MYT
09/05/2019 08:48 MYT
Memasuki hari keempat kita berpuasa, pasti anda tercari-cari apakah menu berbuka puasa yang enak untuk dinikmati.
Khairul Aming, yang popular menerusi video-video masakan mudahnya di Instagram telah menunjukkan cara paling mudah untuk menyediakan minuman kegemaran rakyat Malaysia, teh susu bersama pearl.
Bahan-bahannya
Amacam? Menarik kan teh susu pearl buatan sendiri. Inilah masanya anda cuba resipi mudah dari Khairul Aming ini.

- Satu ½ cawan gula perang
- Satu cawan air
- Pewarna hitam
- Dua cawan tepung ubi kayu
- Satu cawan gula perang
- Empat cawan air.
- Masukkan setengah cawan gula perang dan satu cawan air dan sedikit pewarna hitam.
- Masukkan secawan tepung ubi kayu, kacau.
- Masukkan lagi setengah cawan tepung ubi kayu dan mulakan menguli.
- Potong kecil-kecil dan bulatkan.
- Panaskan secawan gula perang, empat cawan air dan masakkan pearl sampai ia pekat.
- Buat teh susu kegemaran anda, masukkan pearl sedikit dahulu di dalam gelas dan baru tuang teh susu.
- Tabur lagi beberapa biji pearl di atas air sebagai hiasan.
Amacam? Menarik kan teh susu pearl buatan sendiri. Inilah masanya anda cuba resipi mudah dari Khairul Aming ini.