Laman Utama
Akhirnya... Jambatan Angkat Mula Beroperasi 2 Jun Ini, Let’s OOTD Raya Dari Jauh!
Mercu ikonik Terengganu, jambatan angkat atau Drawbridge akan mula dibuka kepada orang ramai untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sempena Aidilfitri.
Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut ini menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.
Pembukaan jambatan angkat selama 16 hari itu dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang sering dihadapi menjelang musim perayaan di bandar raya ini.
Menurut Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, laluan jambatan yang menyediakan empat lorong itu akan ditutup semula pada 17 Jun untuk tempoh tertentu sebelum operasinya dibuka sepenuhnya.
"Diingatkan agar semua pengguna Drawbridge untuk tidak berhenti di atas jambatan atas apa alasan sekalipun, walaupun untuk ambil gambar dan sebagainya. Tidak boleh.
"Jadi, kita minta, lalu sahaja. Selepas tamat tempoh percubaan, ia akan ditutup semula untuk kita melihat balik operasinya. Kemungkinan jambatan ini akan dibuka sepenuhnya pada penghujung bulan depan," katanya kepada Astro Awani.
Mula dibina pada Ogos 2014, jambatan angkat terpanjang di dunia itu yang disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan.
Ditengahnya boleh diangkat untuk laluan kapal, bakal menjadi satu lagi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Biarpun anda tidak boleh berhenti di atas jambatan, anda masih boleh mengambil gambar outfit of the day raya berlatarbelakangkan mercu tanda itu.
Must-Watch Video