Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Amboi, Si Meow Pun Nak Beraya, Hensem Dan Cantik Kucing Anda Raya Ini!

Azwa Rahman
14/05/2019 10:59 MYT
Haa, bukan hanya manusia, kucing peliharaan anda kini boleh sama-sama melaram sakan dengan baju melayu dan baju kurung pada hari raya ini.

Sebuah jenama pakaian raya untuk kucing, Geli-Geli Kucing tular di media sosial apabila menyediakan persiapan lengkap baju melayu, baju kurung,kurta da juga songkok untuk si meow.



Harga bagi sehelai baju melayu dan baju kurung bermula dari RM42. Anda boleh memilih dari pelbagai seleksi saiz mengikut badan kucing kesayangan.
Anda boleh memilih dari pelbagai seleksi warna menarik untuk disuaipadankan dengan warna kucing anda.

Sebelum beli, semak betul-betul saiz baju yang anda pilih sebelum membuat pembelian. Selain sekitar Malaysia, mereka turut membuat penghantaran ke Brunei dan Singapura.





Nampaknya ramai yang berminat dengan baju melayu dan baju kurung kucing ini, entri di Facebook itu sahaja telah mendapat hampir 10,000 perkongsian dalam masa 24 jam sahaja.

Alah, comelnya kucing anda nanti! Pasti menjadi tumpuan tetamu-tetamu lain. Asalkan kucing anda tidak rimas apabila lama memakai baju melayu tersebut. Habis dikoyaknya nanti.

#Ramadan #Raya #Kucing
;