Laman Utama
Bantu Rakyat Palestin Di Bulan Ramadan, Cristiano Ronaldo Derma Lebih RM6 Juta
Bintang bola sepak Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan menderma sebanyak USD1.5 juta (RM6.26 juta) kepada penduduk Palestin.
Terkenal dengan sikap dermawan, ini bukan kali pertama pemain berusia 34 tahun itu menunjukkan tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.
Sebelum ini, dia pernah meraih 1.5 juta Euro hasil lelongan trofi Kasut Emas pada tahun 2012 bagi memberi dana Kepada kanak-kanak Syria dan Palestin.
Pada tahun 2013 pula, Ronaldo enggan bertukar jersi dengan pemain bola Israel bagi menunjukkan sokongannya pada Palestin.
Aksi itu dirakamkan ketika aksi Portugal menentang Israel bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.
Bukan sahaja terkenal dengan kehebatannya beraksi di atas padang, Cristiano juga mengundang rasa kagum orang ramai dengan sikapnya.
Terdahulu, penduduk di negara bergolak itu menjadi mangsa kekejaman tentera Israel di Gaza ketika memasuki bulan Ramadan.
Ada ahli keluarga yang terpaksa menyambut kedatangan bulan mulia ini dengan kesedihan kerana kehilangan orang tersayang akibat 150 serangan udara bertubi-tubi oleh tentera rejim Zionis.
Must-Watch Video