Laman Utama
Bapa Mertua Liza Hanim Meninggal Dunia Di Ramadan Ke-3
Bapa mertua penyanyi Liza Hanim, Mohamed Samsudin Tahir meninggal dunia semalam di Ramadan ketiga.
Menurut Liza bapa suaminya itu menghembuskan nafasnya pada 7.15 malam semalam.
Liza yang mengesahkan berita tersebut hari ini menerusi akaun Instagram miliknya meminta agar semua mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.
“Al Fatihah. Untuk makluman, jenazah akan dibawa ke Masjid Dato’ Haji Kamaruddin jam 8am dan Insya Allah akan berangkat ke Tanah Perkuburan Kota Damansara pada pukul 10am
“Semoga dipermudahkan urusan kami pada hari ini,” tulisnya.
Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu dihujani ucapan takziah daripada pengikutnya.
Rata-rata turut mendoakan agar segala urusan keluarga mereka dipermudahkan.
Must-Watch Video