Laman Utama
Berat Badan Turun 8 Kg, Nora Danish Akui Tak Makan Sebulan
Pelakon Nora Danish akui tidak menjamah sebarang makanan selama sebulan untuk menurunkan berat badannya.
Hasilnya, Nora berkata berat badannya turun hingga lapan kilogram sejak mengamalkan cara tersebut sejak sebelum Ramadan.
“Tubuh saya berbeza dengan orang lain, jika mahu turunkan berat badan saya tidak boleh makan langsung.
“Jadi, apa yang saya lakukan, saya hanya mengambil kurma sahaja ketika bersahur dan berbuka.
“Meskipun begitu saya tidak berasa lapar , malah kekal bertenaga sehingga waktu berbuka puasa.
“Saya gembira kerana berjaya turunkan berat badan saya sehingga lapan kilogram,” katanya kepada Gempak.
Menurut Nora, sebelum ini dia sukar untuk mengawal selera makan kerana suaminya, Nedim Nazri Aziz suka memasak di rumah.
“Sebenarnya suami saya suka memasak di rumah dan saya pasti menikmati masakannyakerana ia sememangnya sedap dan sukar untuk ditolak.
“Namun sejak sebelum Ramadan, saya perlu ‘berkampung’ di lokasi penggambaran drama Iman, jadi saya dapat mengawal selera makan,” katanya lagi.
Nora dan Nedim menyambut Syawal di kediaman baharu mereka bersama anak, Mohamed Neqayl Nedim dan anak Nora dari perkahwinan terdahulu, Putera Rayqal Rizal Ashram.
Must-Watch Video