Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Berbuka Sampai Tersadai? Cuba 4 Langkah Ini, Lebih Sihat & Mengikut Sunnah!

Hanafis Haris
06/05/2019 06:16 MYT
Berbuka Sampai Tersadai? Cuba 4 Langkah Ini, Lebih Sihat & Mengikut Sunnah!

Jika sebelum ini Gempak berkongsi tips ketika sahur, kali ini tiba giliran tips berbuka pula.

BACA: Bersahur Janganlah Sampai Berpinggan-Pinggan, Ikuti 10 Tips Bersahur Kevin Zahri Ini!

Masih lagi tips dari perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan Kevin Zahri, ia memudahkan anda untuk berbukan secara teratur dan paling penting, lebih menyihatkan.

Ini empat perkara anda perlu lakukan ketika berbuka:

#1 Mulakan Dengan Kurma

Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lama) untuk membolehkan anda solat terlebih dahulu sebelum menikmati juadah yang lebih berat.

Kurma juga kaya dengan potassium untuk membantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa seharian.

#2 The 20 Minit Rule!


Dari suapan kurma semasa berbuka hingga untuk berasa kenyang, ia mengambil masa 20 minit.

Jika anda makan mendadak sepanjang 20 minit, kemungkinan besar anda akan makan berlebihan.

Jadi makan dulu dan fahamilah rasa kenyang itu akan datang selepas 20 minit.

#3 Target Kalori: 700KCAL

Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal.

Tetapi tidak kira betapa sedap kuih-muih dan manisan yang disediakan, mulakan dengan hidangan seimbang untuk kawal nafsu makan.

Ikuti langkah ini:

-Senggenggam sumber karbohidrat: nasi bihun, kentang, mee, roti dan lain-lain
- Sumber protein berkualiti: Ayam, ikan, tofu, daging
-Sumber serat: Sayur, kekacang dan buah-buahan
- Akhir sekali barulah sedikit manisan seperti kuih-muih.

#4 Tiga Jenis Air

Semasa berbuka, amalkan tiga air ini:

Air panas: Untuk bantu panaskan sistem penghadaman yang telah berehat 12 jam.
Air kosong: Untuk hilangkan dahaga, tetapi jangan minum sehingga 3-4 gelas air. Ia membuatkan perut anda buncit dan tidak selesa. Take it slow and easy.
Air manis: Untuk air manis, minum di penghujung berbuka. Jangan berlebihan kerana kalori juga akan berlebihan.

Mudah bukan? Anda boleh amalkan empat tips ini sepanjang tempoh berpuasa ini.

Jika mahukan lebih banyak tips, anda boleh rujuk di Instagram Kevin Zahri.

Selamat berpuasa dan berbuka!
#Ramadan #KEVIN #Berbuka #Berpuasa
;