Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Bersahur Janganlah Sampai Berpinggan-Pinggan, Ikuti 10 Tips Bersahur Kevin Zahri Ini!

Hanafis Haris 03/05/2019 | 13:48 MYT
Tinggal beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.
Maka ramailah yang akan membuat persediaan termasuklah hidangan bersahur.
Bagi mereka yang sedang berdiet, mungkin pemilihan makanan itu harus lebih teliti.
Tidak semua jenis makanan boleh diambil!
Sebenarnya, penjagaan makanan ketika berpuasa ini tidak lah rumit seperti disangka.
Anda boleh lihat 10 tips bersahur dari perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan popular Kevin Zahir ini.
1. Jangan Tinggal Sahur
Ia penting untuk bekalan tenaga dan sunnah dalam amalan puasa.
2.Terhadkan Kepada 400-600 Kalori
Cuba target jumlah pengambilan hidangan sahur anda sekitar 400-600 kalori.
3. Segenggam + Karbo
Kabro merupakan sumber tenaga utama bagi badan. Namun terhadkannya pada hanya sengggam jika anda mengambil nasi.
4. Komplex Karbo
Pilih karbo yang lebih berserat kerana ia memberikan tenaga lebih lama.
5. Protein Yang Bersih
Protein yang bersih dan mengenyangkan adalah pilihan lebih baik.
6. Elak Garam
Ia mempercepatkan 'dehydration', jadi pilihlah makanan yang ada potassium.
7. Elak Kafein
Kafein juga mempercepatkan proses 'dehydration' kerana ia diuretik.
8. Elak Minuman Gas
Minuman ini juga mempunyai kafein. Beralih kepada minuman yang lebih sihat dan kurang manis.
9. Jangan Terlalu Minum Banyak Air
Lebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. Dua tiga gelas sudah cukup.
10. Elak Suhu Ekstrem
Suhu yang terlalu panas atau sejuk akan 'shock' sistem penghadaman.
Jadi mudah bukan? Anda boleh amalkan 10 tips ini sepanjang tempoh berpuasa ini. Jika mahukan lebih banyak tips, anda boleh rujuk di Instagram Kevin Zahri.
Selamat berpuasa!
#Puasa #Sahur #Fitness
;