Bila Badrul Bicara: Tak Habis-Habis Kisah Curang, Masuk Je 17 Hari Berpuasa, Ada lagi Kisah Paling Curang!
Badrul Hashim
24/05/2019 03:52 MYT
24/05/2019 03:52 MYT
Ya! Saya tahu hari ini kita dah masuk hari ke 19 di bulan puasa yang mulia ini. Dan dalam kita membicarakan kisah-kisah kecurangan di bulan Ramadan, saya cuma tidak mahu kita terlepas tentang kisah 'kecurangan' yang lagi hebat berlaku pada 17 Puasa.
Saya memang kagum dengan pengarah hebat seperti Mamat Khalid ini. Daripada filem-filem, hinggalah kepada drama-drama arahan beliau, saya tidak pernah kecewa dengan apa yang ingin disampaikannya.
Seperti yang dicatatkan Mamat Khalid pada satu entri di Instagram beliau, 'karya selepas koma', beliau memang mempunyai sense of humor yang luar biasa. Betul, 17 Puasa adalah karya beliau setelah pulih daripada koma.
Sedikit sebanyak ada kita semua dalam 17 Puasa. Sama ada kita sedar atau tidak, begitu banyak mesej yang disampaikan. Mungkin dulu kita jarang dengar pasal geng 'plastik hitam' yang memang jadi trend sekarang, tetapi kita pasti takkan lupa dengan geng 'musafir'.
Memang menggamit memori dengan alasan musafir ini untuk kaum lelaki. Pasti ada yang tersenyum bila teringat kisah-kisah silam (atau yang tidak berapa lama berlalu). Ya, kita semua ada, saya tidak terkecuali. Percayalah!
Kisah enam sekawan ini dalam 17 Puasa memang boleh buat anda tergelak dan tergolek menontonnya, tetapi pada masa yang sama sedar dengan apa yang berlaku itu bukanlah sesuatu yang hanya dibuat-buat. Mamat Khalid yang juga menulis skripnya, tahu apa yang dia mahu sampaikan.
Pelakon-pelakon kelas A seperti Aziz M. Osman, Bell Ngasri, Amran Nasarudin, Mat Khuda dan beberapa nama lain lagi membawa watak dengan cemerlang. Mungkin kebijaksanaan Mamat Khalid yang juga menggunakan nama pelakon-pelakon ini sebagai nama watak membantu mereka menjiwai lagi karakter yang dibawa.
Curang yang saya maksudkan pada tajuk bicara saya ini adalah curangnya mereka kepada Tuhan. Tetapi saya tidak mahu bincang panjang lebar tentang hal yang semua orang sudah tahu.
Namun di sebaliknya, 17 Puasa ada kisah persahabatan (walaupun ketika berbuat jahat), konflik keluarga yang sentiasa berlaku, dan dalam gelak ketawa itu ada nilai-nilai keinsafan yang cukup halus dan berseni.
Tahniah Abang Mamat Khalid kerana masih lagi terus menerus memberikan sesuatu yang sangat bernilai untuk masyarakat kita. Semoga Abang semakin sihat hendaknya dan kekal berkarya dengan cerita-cerita lainnya.
17 Puasa adalah kisah yang anda harus tonton. Kisah masyarakat, kita kita dan kisah semasa. Kalau ada yang mahu mengatakan ini satu promo, terpulanglah. Yang pasti, anda harus tonton dan nilai sendiri kerana saya dan keluarga seolah-olah baru keluar dari panggung wayang selepas menonton 17 Puasa.
Salam Ramadan dan jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Instagram
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.