Laman Utama
“The Boys Were Well Behaved” - Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Bawa Anak Kecil Solat Tarawih
Seperti ibu bapa yang lain, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga tidak ketinggalan membawa anak-anak ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih.
Paling menarik apabila anak-anaknya yang masih kecil iaitu Adam dan Noah berkelakuan baik dan tidak merengek sepanjang solat Tarawih berlangsung.
“Solat Tarawih with the Boys. Surprisingly the boys were well behaved today. Adam & Noah just stood next to me during prayers. Alhamdulillah…” tulisnya.
Sheikh Muszaphar yang juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik itu juga berkongsi beberapa tips khas buat ibu bapa yang berkeinginan untuk membawa anak ke masjid.
Perkongsian menarik itu dimuat naik sendiri oleh Sheikh di akaun Instagram peribadi miliknya semalam.
Berikut merupakan tips yang diberikan Sheikh:
1. Be prepared
Bring milk, diapers, their favourite toys along. You might never know when you need them.
2. Find a corner
Solat right to the very end so that your child doesn’t disturb others.
3. Be aware of your child
Never let your child wonder alone thinking the place is safe.
4. If a child continues crying, take them out and find out why.
The child may be hungry or need diaper change. Don’t let the child continue crying as it will disturb others. Continue your Tarawih once they are okay.
5. Well-fed the child before coming to the Masjid.
If they sleep next to you, so be it. That’s okay. Bringing your child for Solat Tarawih is a good practice for them. They learn from others. But be sure not to disturb others who are performing their Solat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kerana berkongsi tips berguna buat ibu bapa.
Terdahulu, Sheikh Muszaphar Dr. Halina Mohd. Yunos dan berkahwin pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah pada 27 Julai 2017
Foto: Instagram @drsheikhmuszaphar
Must-Watch Video