,
Laman Utama

Cantiknya! 11 Beradik ‘Makeover’ Rumah Pusaka Ibu Bapa Sempena Raya

Azwa Rahman
13/05/2019
08:06 MYT
Sebuah rumah pusaka usang menerima sentuhan baru apabila 11 adik-beradik sepakat untuk mencantikkan rumah tersebut sempena lebaran yang bakal tiba.
Berkongsi beberapa keping gambar di Facebook, Norlinda dan adik-beradik sepakat untuk bergotong-royong untuk mengecat dan membaik pulih semula rumah peninggalan orang tua mereka.
Menurut Norlinda, ibu bapa mereka sudah enam tahun meninggal dunia.
“Setelah enam tahun arwah ayah dan ibu meninggalkan kami 11 beradik, upgrade rumah pusaka oleh anak menantu dan cucu,” katanya.
Tambahnya lagi, akan ada fasa kedua untuk sesi ‘makeover’ rumah tersebut untuk memperbetulkan atap rumah.
Setakat ini, hanya kawasan luar dicat warna biru serta mana yang bocor telah dibaik pulih.
Istimewanya lagi, rumah ini turut diberikan sentuhan tradisional dengan lukisan berbentuk kerawang yang dilukis di bahagian hadapan rumah.
Sambil bergotong-royong, inilah peluang untuk keluarga besar ini saling berkumpul. Momen manis ini pasti menyerikan lagi hari raya mereka semua.
Usaha keluarga besar ini seharusnya menjadi inspirasi buat keluarga lain agar menghargai peninggalan orang tua di kampung.
Sumber: Keluarga
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

gempak
16/07/2024
05:45 MYT
Suasana kampung gempar selepas dikejutkan penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, jam 6 petang semalam.
Berita

Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!

gempak
15/06/2024
12:55 MYT
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Viral

Penduduk Tempatan Sepakat Baiki Jalan Guna Backhoe, Bantu Lancarkan Perjalanan Pulang Warga Perantau

gempak
15/04/2024
14:00 MYT
Sekumpulan penduduk tempatan berbangsa Cina berjaya membuat seorang individu terharu apabila menawarkan diri untuk membaiki jalan ‘dalam’ yang digunakan perantau untuk pulang ke kota.
Hiburan

Mahu Fokus Sambut Aidifitri Dengan Anak-Anak & Keluarga, Shu Shukri Tak Mahu Kenang Peristiwa Hitam

gempak
11/04/2024
03:55 MYT
Tahun kedua beraya tanpa peneman hidup di sisi, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shu Shukri mendedahkan bahawa dirinya ingin membuka lembaran baharu dan melupakan setiap peristiwa hitam yang terpaksa dihadapinya pada tahun lalu. Shu atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Shukri, 30, memanjatkan rasa syukur apabila beban yang dipikul telah