Cantiknya! 11 Beradik ‘Makeover’ Rumah Pusaka Ibu Bapa Sempena Raya
Azwa Rahman
13/05/2019 08:06 MYT
13/05/2019 08:06 MYT
Sebuah rumah pusaka usang menerima sentuhan baru apabila 11 adik-beradik sepakat untuk mencantikkan rumah tersebut sempena lebaran yang bakal tiba.
Berkongsi beberapa keping gambar di Facebook, Norlinda dan adik-beradik sepakat untuk bergotong-royong untuk mengecat dan membaik pulih semula rumah peninggalan orang tua mereka.
Menurut Norlinda, ibu bapa mereka sudah enam tahun meninggal dunia.
“Setelah enam tahun arwah ayah dan ibu meninggalkan kami 11 beradik, upgrade rumah pusaka oleh anak menantu dan cucu,” katanya.
Tambahnya lagi, akan ada fasa kedua untuk sesi ‘makeover’ rumah tersebut untuk memperbetulkan atap rumah.
Setakat ini, hanya kawasan luar dicat warna biru serta mana yang bocor telah dibaik pulih.
Istimewanya lagi, rumah ini turut diberikan sentuhan tradisional dengan lukisan berbentuk kerawang yang dilukis di bahagian hadapan rumah.
Sambil bergotong-royong, inilah peluang untuk keluarga besar ini saling berkumpul. Momen manis ini pasti menyerikan lagi hari raya mereka semua.
Usaha keluarga besar ini seharusnya menjadi inspirasi buat keluarga lain agar menghargai peninggalan orang tua di kampung.
Sumber: Keluarga