Laman Utama
Cuba Tips Berpuasa Ini, Anda Pasti Dapat Rasakan Perbezaan Yang Ketara!
Ramadan ini, pasti ramai yang bimbang tubuh mereka kekurangan air kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.
Jika anda nak tahu, tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan disebabkan itu 70 peratus daripada badan kita adalah air.
Namun jangan bimbang, untuk mengekalkan hidrasi anda perlu amalkan 2-4-2 ini yang mana biarpun berpuasa tetapi anda tetap boleh minum 8 gelas sehari ketika berbuka dan bersahur.
Berikut cadangan untuk anda minum 8 gelas sehari dari CUCKOO:
Mulakan dengan 2 gelas air :
Pernah tak korang rasa lesu, sampai ada yang tegur macam tengkorak berjalan? Tak perlu lah sampai kena rasa macam tu sekali masa puasa. Bagi memulakan misi 8 gelas sehari anda, mulakan dengan 2 gelas air iaitu segelas sebelum sahur dan segelas lagi selepas anda makan sahur.
Ingat! Kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.
Teruskan dengan 4 gelas air:
Pasti banyak juadah air manis terhidang di atas meja ketika berbuka puasa, tapi sebelum korang balun air manis tu, ambil dahulu segelas air sebelum menjamu apa jua makanan atau minuman.
Kemudian, kami sarankan segelas air lagi boleh diambil selepas selesai berbuka atau selepas solat Maghrib.
Ramadan ini pasti korang berkobar-kobar hendak menunaik solat sunat Terawih bukan? Jadi kami sarankan ambil segelas sebelum ke Masjid serta 1 gelas lagi ketika atau selepas Terawih.
2 gelas air sebelum tidur:
Sesudah Terawih, korang pasti mahu menjamu selera secara ringan atau moreh jadi minum lah segelas air selepas selesai menikmati juadah tersebut.
Namun jangan lupa sebelum tidur anda perlu minum segelas lagi air iaitu gelas ke-8 untuk melengkapkan misi korang.
Untuk mendapatkan air yang berkualiti untuk anda kekal hidrasi dapatkan mesin penapis CUCKOO sepanjang Ramadan ini!