Laman Utama

"Dr Amalina & Pakar Di UK Ramai Nak Bantu Ainul" - Bapa Terima Berita Baik Di Bulan Mulia

gempak
Hanafis Haris
08/05/2019
05:53 MYT
Sponsor Banner
"Dr Amalina & Pakar Di UK Ramai Nak Bantu Ainul" - Bapa Terima Berita Baik Di Bulan Mulia
Kepada mereka yang tidak mengikuti perkembangan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi perempuan berusia lapan bulan ini menghidap ketumbuhan Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya.
Rekod perubatan penyakit yang dihidapinya telah dihantar ke pakar perubatan antarabangsa bagi mengenal pasti kaedah rawatan terbaik.
Malah, beberapa minggu lalu, bapanya, Ahmad Safiuddin Razak, 24, telah mengubungi doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini berpangkalan di sebuah hospital terkemuka di United Kingdom (UK).
Ternyata Ahmad Safiuddin masih tidak putus asa, malah mengharapkan sinar baru buat anak perempuannya itu.
Berkat bulan yang mulia ini, satu berita baik telah diterima Ahmad Safiuddin dan ia turut dikongsi di laman Facebook miliknya, semalam.
Menurutnya, pakar perubatan di UK sudah memberi maklum balas bagi melakukan merawat terhadap Ainul.
Malah, Dr Amalina turut menyertai rawatan tersebut.
"Mereka dah ready di sana and minta kami buat MRI di sini. Menurut kata Dr Amalina, pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul.
"Apa pun jalannya, semoga Allah permudahkan. Semoga ada Allah dalam setiap langkah dan usaha kami," katanya. Rata-rata netizen menitipkan doa agar urusan merawat bayi berusia lapan bulan itu dipermudahkan sempena bulan penuh keberkatan ini.
Ini antara reaksi mereka:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live