Laman Utama
“I Am So Honored" – Neelofa, Wanita Berhijab Pertama Jadi Wajah Raya Jenama Barang Kemas Antarabangsa
Pelakon dan pengacara, Neelofa berbangga apabila terpilih menjadi penyeri kempen raya jenama barang kemas terkemuka dunia, Swarovski.
Berkongsi berita itu di Twitternya sebentar tadi, inilah pertama kalinya jenama itu menampilkan wanita berhijab sebagai wajah utama untuk kempen raya mereka.
Tulis Neelofa di Twitternya, “For the first time in Malaysia, Swarovski is unveiling its Raya campaign tomorrow! I am so honored to be the face for this year’s beautiful campaign!”
Menjalani penggambaran kempen raya di Abu Dhabi bulan lalu, Neelofa diterbangkan bersama pasukan Swarovski di hamparan padang pasir indah negara itu.
Neelofa turut berkongsi beberapa keping gambar kempen raya tersebut dan gambar billboard jalan raya bersama peminat.
Peminat turut sama berbangga dan memuji kecantikan pengacara Meletop itu menerusi gambar-gambarnya di padang pasir.
Kempen raya ini akan menjadi tatapan umum bermula esok.