Laman Utama
“Impian Saya Nak Khatam Quran Di Bulan Ramadan, Tapi...”- Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani akui sejak Ramadan yang lalu dia menyimpan hasrat untuk membaca dan khatam Al-Quran di bulan puasa.
Namun, kata Lisa, bukan mudah untuk dia melakukannnya malah sehingga kini, dia masih mencuba.
“Ini Ramadan kedua saya hendak cuba membawa dan khatam Al-Quran di bulan Ramadan kerana nikmat dan pahalanya besar.
“Memang impian saya nak cuba khatam di bulan Ramadan ini tapi ia bukan mudah. Tambahan pula kita sebagai orang perempuan perlu bercuti kerana datang bulan.
“Namun saya tidak pernah berputus asa dan mencuba sedaya mungkin,” katanya kepada Gempak.
Menurut Lisa, dia turut memgambil kesempatan sempana Ramadan ini untuk beramal ibadah.
“Setiap kali Ramadan saya cuba untuk memperbanyakan amalan dan ibadah kepada Allah.
“Seperti biasa saya akan kurangkan segala aktiviti seni dan pergi solat sunat tarawih serta membuat kerja amal,” katanya lagi.
Lisa mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne
Must-Watch Video