Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Kalau Chantiq Boleh Puasa, Kenapa Dia Tak Boleh...”- Ozlynn

Syafiqah Jalal 07/05/2019 | 05:39 MYT
Pelakon Ozlynn memberitahu anaknya, Chantiq yang baru berusia empat tahun turut menjalani ibadah puasa.
Menurut Ozlynn, secara tidak langsung, pembantu rumahnya yang bukan Islam turut ikut berpuasa kerana kagum dengan Chantiq.
“Alhamdulillah kakak Chantiq abang Haziq masih lagi berpuasa.. dan dapat solat jemaah skali.. mama dengan papa kerja kejap lagi..
“Hopefully dapatlah berbuka dengan anak-anak mama.. paling best Kak Dorthy pun puasa tau.. dia cakap dia nak cuba puasa.. dia bukan Islam.. tapi dia cakap kalau Chantiq boleh puasa kenapa dia tak boleh.. so buat masa sekarang dia masih lagi berpuasa.. yesssss!!! Mama nak masak sat.. nanti kang berbuka Kakak Dorthy tolong panaskan jek..,” tulisnya.
Isteri kepada penyampai radio Era, Johan itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminatnya di Instagram yang rata-rata kagum dengan pasangan tersebut mendidik anak-anaknya.
Johan dan Ozlynn dikurniakan lima orang cahaya mata Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.

Alhamdulillah kakak chantiq abg haziq masih lagi berpuasa.. dan dpt solat jemaah skali.. mama ngan papa kerja kejap lg.. hopefully dpt la berbuka dgn anak2 mama.. paling best kak dorthy pun puasa tau.. dia ckp dia nak cuba puasa.. dia bukan islam.. tp dia ckp kalau chantiq boleh puasa kenapa dia x boleh.. so buat masa skrg dia masih lg berpuasa.. yesssss!!! Mama nak masak sat.. nnt kang berbuka kakak dorthy tlg panaskan jek.. ??

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

#Anak #Johan #Puasa #Ozlynn Wati #Ozlynn #Chantiq
;