Laman Utama
Kehebatan Berpuasa, 5 Selebriti Hollywood Ini Mengamalkan Puasa Demi Kesihatan
Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan nafsu semata-mata, ia memberikan banyak manfaat pada pengamalnya.
Selain dapat mengurangkan berat badan, berpuasa dapat meningkatkan kesihatan jantung, membersihkan toksin, memperbaiki sistem pencernaan dan banyak lagi.
Bukan sahaja umat Islam di seluruh dunia yang berpuasa, malah lima selebriti Hollywood ini turut mengamalkan diet puasa untuk gaya hidup sihat. Siapakah mereka?
Chris Pratt
Aktor berusia 39 tahun ini mengamalkan puasa intermittent untuk gaya hidup yang sihat. Diet intermittent yang memerlukan seseorang itu berpuasa 12 jam merupakan antara cara diet popular dalam kalangan selebriti.
Hugh Jackman
Rahsia Hugh Jackman berbadan cantik adalah dengan puasa intermittent. Pemegang watak Wolverine ini mengaku menjalani puasa intermittent untuk menurunkan berat badan sewaktu berlakon filem aksi. Jackman turut menyatakan dengan berpuasa, tidur malamnya lebih berkualiti.
Jennifer Lopez
Untuk menjalani gaya hidup sihat, selebriti Jennifer Lopez (J-LO) turut mengamalkan puasa intermittent untuk pola dietnya. J-LO mengamalkan pemakanan dengan jumlah kalori tertentu setelah 12 jam berpuasa.
Kourtney Kardashian
Kourtney Kardashian juga antara selebriti yang menjalani puasa intermittent. Mengatakan hal tersebut dalam aplikasinya sekitar tahun 2008, Koutney turut mengamalkan diet keto disamping puasa intermittent
Jimmy Kimmel
Pengacara terkenal, Jimmy Kimmel turut berpuasa bagi mengurangkan berat badannya. Menerusi Men's Journal, Kimmel berkongsi kaedah dietnya iaitu 5:2, makan kurang dari 500 kalori sehari pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Must-Watch Video