Laman Utama

Lebaran Beri Kelainan, Sambut Aidilfitri Dengan Meriah Di 6 Bandar Di Dunia Ini!

gempak
Azwa Rahman
23/05/2019
09:15 MYT
Sponsor Banner
Lebaran Beri Kelainan, Sambut Aidilfitri Dengan Meriah Di 6 Bandar Di Dunia Ini!
Berbaki beberapa hari lagi kita bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri, pastinya anda telah merancang percutian untuk menyambut lebaran.
Apa kata cuti Raya tahun ini berikan sedikit kelainan, dengan menyambutnya di luar negara?
Agoda berkongsi bagaimanakah caranya enam bandar di dunia ini menyambut Aidilfitri, meriahnya!
1. London, United Kingdom
Walaupun Hari Raya Aidilfitri tidak digazetkan sebagai cuti umum di London, perayaan ini tetap diraikan dengan meriah oleh masyarakat Muslim di sana. Sambutan dimulakan dengan solat Hari Raya pada pagi hari, diikuti dengan ziarah atau menjadi hos kepada keluarga dan rakan-taulan sambil menikmati juadah tradisional.
Tempat untuk dilawati: Lawat Festival Eid 2019 di Dataran Trafalgar untuk menikmati hidangan istimewa dari kedai-kedai makan Timur Tengah di Jalan Edgware, London yang terkenal dengan masyarakat majmuk.
2. Arab Saudi
Masyarakat Arab Saudi menyambut Hari Raya dengan menonton wayang. Di tengah-tengah pusat bandar Balad, para pelancong boleh menyertai perayaan di Festival Jeddah Bersejarah (Historic Jeddah Festival) untuk mengimbas kembali cara Hari Raya diraikan pada zaman lampau.
Tempat untuk dilawati: Festival Eid Tahunan untuk nikmati perayaan di kawasan pinggir pantai Jeddah Corniche dan Al Balad (Kota Lama).
3. New York, Amerika Syarikat
Mulakan hari anda dengan melawat masjid yang terbesar di New York bertempat di Pusat Kebudayaan Islam New York. Muzium Bandar New York menanti anda dengan pameran tradisi kebudayaan Islam melalui artis tempatan dan koleksi seni.
Tempat untuk dilawati: Saksikan acara penyalaan lampu di Bangunan Empire State, Pusat Kebudayaan Islam, Muzium Bandar New York
4. Istanbul, Turki
Dikenali sebagai ‘Seker Bayram’ atau Festival Manisan, lebaran di Turki dipenuhi manisan seperti baklava. Malah, orang ramai digalakkan untuk mengambil manisan untuk sarapan! Anda juga wajib cuba manisan Turkish delight
Tempat untuk dilawati: Bawa bakul berkelah yang diisi dengan manisan dan juadah enak beramai-ramai di Hagia Sophia dan Masjid Biru yang ikonik di Dataran Sultanahmet.
5. Emiriah Arab Bersatu
Berikan kelainan, anda boleh menyambut Aidilfitri dengan menikmati pengalaman yang mengujakan di salah satu taman tema tertutup terbesar di dunia iaitu, IMG Worlds of Adventures yang dihiasi indah dengan tema Arab tradisional.
Tempat untuk dilawati: Kunjungi Dubai Opera dan aktiviti istimewa di IMG Worlds of Adventures
6. Srinagar, Kashmir
Rasa pengalaman solat Hari Raya berjemaah yang terbesar di Masjid Hazratbal, Srinagar yang dipercayai tersimpannya rambut peninggalan Nabi Muhammad. Jangan lupa untuk nikmati hidangan tempatan seperti naan Kashmir, kebab, kahwah, noon chai (teh merah jambu masin) dan seumpamanya di sepanjang jalan Lal Chowk, medan selera yang terkenal di Kashmir.
Tempat untuk dilawati: Berlayar di sepanjang Tasik Dal yang terkenal dan singgah di Masjid Hazratbal, sebelum menikmati hidangan di medan selera Lal Chowk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live