Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Majlis Tahlil Di Rumah Orang Kristian Cetus Tanda Tanya, Ini Penjelasannya…..

Azwa Rahman 15/05/2019 | 07:41 MYT
Tular di media sosial apabila foto sekumpulan lelaki berkopiah sedang berkumpul dengan berlatarbelakangkan tanda simbolik agama Kristian di dinding sebuah kediaman di Sabah.
Foto yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Amran Sopoh pada 10 Mei yang lalu telah mencetus tanya tanya netizen.
Memetik laporan The Star, foto tersebut memaparkan sekumpulan ustaz yang sedang mengadakan majlis tahlil di sebuah kediaman milik penganut Kristian di Tuaran, Sabah.
Salah seorang ustaz yang menyertai majlis tahlil tersebut adalah Muhamad Uzzair Yusof, 22, dari Kota Tinggi Johor.
Jelasnya, mereka membuat tahlil bagi arwah yang telah memeluk agama Islam sementara ibu dan bapa arwah merupakan penganut agama Kristian.
Turut sama tampil memberikan penjelasan adalah bekas Menteri Pelancongan, Budaya Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Menurut beliau, perkara ini normal di Sabah. Biarpun berbeza agama, kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tetap utuh dan mereka saling menghormati pilihan agama masing-masing.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keharmonian orang Sabah yang bersikap toleransi dan saling menghormati agama orang lain seharusnya menjadi contoh pada semua masyarakat Malaysia.
#Viral #Viral #Sabah #Agama
;