Laman Utama

Makan Tanpa Malu... Awas! Geng Plastik Hitam Sedang Dalam Pemerhatian Polis

gempak
Azwa Rahman
06/05/2019
05:41 MYT
Sponsor Banner
Makan Tanpa Malu... Awas! Geng Plastik Hitam Sedang Dalam Pemerhatian Polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada ‘geng plastik hitam’ supaya tidak melakukan perbuatan tidak berpuasa.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti wujud segelintir masyarakat yang malas berpuasa dan menikmati makanan tanpa rasa segan silu di tempat terbuka.
Sengaja makan secara terbuka atau di tempat awam merupakan satu kesalahan undang-undang jenayah syariah di Malaysia.
Menerusi satu kenyataan PDRM di laman Facebook, kesalahan itu diperuntukkan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia.
Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Biasanya, 'Geng Plastik Hitam’ ini akan mendapatkan minuman dan makanan dengan menjinjing beg plastik berwarna hitam di beberapa restoran dan kedai makan seawal pukul 12 tengah hari.
Jabatan Agama Islam di seluruh negara juga akan memantau serta menjalankan operasi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi panas golongan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live