,
Laman Utama

“Malam Tadi Mimpi Arwah Mama, Tanya Khabar Saya…”- Sayu Luahan Hati Linda Hashim

Syafiqah Jalal
13/05/2019
02:32 MYT
Rindu pelakon Linda Hashim terhadap ibunya, Zurina Ariff akhirnya terubat apabila arwah ibunya hadir dalam mimpinya pada malam Jumaat lalu.
Linda berkata sudah berbelas tahun ibunya tidak muncul di dalam mimpi berjumpa dengannya.
Menurut Linda ibunya pergi terlalu awal iaitu sejak umurnya 16 tahun dan dia sendiri belum puas menerima kasih saying seorang ibu serta membalas jasa baiknya.
“Mama..Masyaallah..malam tadi mimpi arwah mama tanya kabar saya..padahal dah belas tahun tak mimpi dia.semalam dia datang dalam mimpi malam jumaat bulan Ramadan..mungkin memang dia datang tengok anak-anak dia kot wallahualam.
“Terima kasih Mama kerana melahirkan saya dari gelapnya rahimmu hingga terangnya dunia ni.kepada semua yang baca caption ni,hargailah ibu korang sementara dia masih ada..muliakan ibu korang kerana ibu adalah insan yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.
“Beruntung orang yang masih ada ibu kerana dapat doa dari ibu kandung korang dimana doa ibu tiada hijab langsung sampai ke sana..saya sempat bersama ibu saya hingga umur saya 16tahun saja.
“Belum puas bermanja dengan dia belum cukup membalas jasa dia belum sempat memberi dia kesenangan dan belum sempat bagi apa-apa kat dia. Alfatihah Zurina bt Ariff,” tulisnya.
Linda berkongsi luahan rasa tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto ibunya bersama bapanya, Hashim. Dikesempatan itu, dia turut mengucapkan selamat hari lahir buat bapanya.
“Abah..selamat ulang tahun abah yang ke 60th..Alhamdulillah masih bersama abah hingga ke hari ini..semoga abah diberi kesihatan yang baik dipanjangkan umur dilimpah ruahkan rezeki abah..walaupun abah jauh di kampung tapi angah tetap ingat abah dan nama abah sentiasa ada dalam doa angah,” katanya lagi.
Linda mendirikan rumah tangga bersama pelakon Beego pada 8 Jun 2013 dan dikurniakam tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 2 bulan.

MY PARENTS mama..masyaallah..mlm tdi mimpi arwah mama tanya kabar saya..padahal dah belas tahun tak mimpi dia.smlm dia dtg dlm mimpi mlm jumaat bulan ramadhan..mungkin mmg dia dtg tgk anak2 dia kot wallahualam.terima kasih mama kerana melahirkan saya dari gelapnya rahimmu hingga terangnya dunia ni.kepada semua yg baca caption ni,hargailah ibu korg sementara dia masih ada..muliakan ibu korg kerana ibu adalah insan yg dimuliakan oleh allah s.w.t.beruntung org yg masih ada ibu kerana dapat doa dari ibu kandung korg dimana doa ibu tiada hijab langsung sampai ke sana..sy sempat bersama ibu sy hingga umur sy 16tahun saja.belum puas bermanja dgn dia belum cukup membalas jasa dia belum sempat memberi dia kesenangan dan belum sempat bagi apa2 kat dia.alfatihah Zurina bt Ariff abah..selamat ulang tahun abah yg ke 60th..alhamdulillah masih bersama abah hingga ke hari ini..semoga abah diberi kesihatan yg baik dipanjangkan umur di limpah ruahkan rezeki abah..walaupun abah jauh di kampung tp angah tetap ingat abah dan nama abah sentiasa ada dalam doa angah.

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar