Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Mizz Nina Anjur Cabaran Hijab 30 Hari Ramadan – Alhamdulillah, Ramai Wanita Sahut!

Azwa Rahman 07/05/2019 | 08:25 MYT
Selebriti dan pendakwah bebas, Mizz Nina telah menganjurkan Cabaran Hijab 30 Hari sepanjang bulan Ramadan ini.

Inisiatif dari @worldhijabday ini menyeru wanita di luar sana untuk memuat naik foto mereka beserta dengan tanda pagar #Hijab30 untuk berkongsi pengalaman memakai hijab sepanjang bulan Ramadan.

Bagi Mizz Nina sendiri, semua wanita harus berasa bangga mengenakan hijab kerana ia adalah identiti seorang wanita Muslim.

Menerusi tanda pagar tersebut, ramai wanita menyahut cabaran daripada Mizz Nina dengan berkongsi gambar mereka mengenakan hijab.

from harambae to halalbae. what i found out today: 1. People like you more when you look less than a bitch and a half 2. You get more hugs from Senior Management ? 3. You blend in 4. You spend more time making sure your hair doesnt show 5. Your male boss doesnt care how you look 6. Your female boss laughed so hard but i know she loves me 7. My male colleagues reaction: ASTAGHFIRULLAHALAZIM - @xoulkarami me waving to Safwan. Him : WHO ARE YOU?!!! Reedzkie: WHAT HAPPENED TO YOU. classic. #ootd arwah Tok's baju kurung which i stole from rumah Kulim the night she passed away cos i didnt have anything else cept skinny jeans. tudung from @hm Thanks for accepting me for who I am. ?: pu3_amyra @officialmizznina easy peasy #Hijab30 Day 1 done ❤️✔️ #Istiqomahsis #Istiqomah #harambae #halalbae #bae

A post shared by @ zalyazid on

Salam ramadhan ? #ramadhanhijabchallenge #hijab30 #mizznina

A post shared by Johana Joharis (@johanajoharis) on

Day 1 of #hijab30.... Happy Ramadhan al-Mubarak everyone! Jangan gi lunch pulak tau... Hahahhahaha.... ??? . #kbba9 #ramadhanhijabchallenge #worldhijabday #ramadhan2019 #ramadhan1440h

A post shared by ayuejean (@ayuejean) on

Istimewanya lagi, cabaran ini bukan sahaja terbuka untuk wanita yang beragama Islam sahaja, bahkan penganut agama lain juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian bagi merasai sendiri pengalaman memakai hijab.

Untuk rekod, ini merupakan tahun keenam Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman mengenakan hijab.

#Fesyen #Ramadan #Hijab
;