Laman Utama
Naim Daniel Tonjol Kebolehan Memasak Dalam Iftar Ala King
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel menonjolkan kebolehan memasak dalam rancangan Iftar Ala King.
Menerusi program yang disiarkan eksklusif di Gempak bersempena sambutan Ramadan ini, Naim menceritakan pengalamannya terlibat sebagai hos.
"Sebelum ini, saya memang aktif memasak dan sering berkongsi resepi di laman Instagram. Gempak datang dengan idea untuk menampilkan saya dalam episod program Iftar Ala King khas sempena Ramadan tahun ini.
"Menerusi rancangan tersebut, saya akan memasak lauk-lauk simple untuk juada berbuka menggunakan dua juadah utama sahaja," kata Naim dalam temubual bersama HLive.
Pernah menggalas tugas sebagai hos, Naim merasakan pengalaman menerajui program masakan agak berbeza.
"Saya pernah bergelar pengacara, tapi ia agak berbeza, saya kena mengacara, kena memasak, kena jaga suhu minyak.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sokongan dari krew produksi juga sangat baik. Mereka memberikan menu dan saya dapat buat ulang kaji sebelum memasak juadah yang ditugaskan," katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video