Laman Utama
"Neelofa Pernah Cuba Islamkan I Di Rome" - Dedah Michael Ang
Pengarah terkenal Michael Ang mendedahkan personaliti popular Neelofa pernah cuba mengislamkannya ketika penggambaran drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari di Rome, Itali sekitar awal tahun 2018.
Menerusi program Chit-Chat With Michael Ang yang disiarkan di saluran YouTube Official Ria X pada 6 Mei lalu, Michael akui Neelofa antara individu terawal mengetahui dia telah memeluk Islam.
"Ingat tak ketika kita di Rome, kita rekod satu video yang you kata nak Islamkan I. Sebenarnya saya sudah Islam ketika itu.
"Sebenarnya saya sudah belajar mengenali Islam sejak beberapa tahun lalu cuma saya memutuskan untuk memeluk Islam setahun lepas," katanya.
Perkara itu mendapat respon daripada Neelofa yang akui curiga melihat perubahan Michael ketika itu.
"Ya, saya masih ingat! Saya suruh you baca Al-Fatihah. Sebab saya dah nampak petunjuk itu semua sampai saya tertanya-tanya adakah Michael sudah Islam.
"Sebab itu saya selalu kacau you sebab saya nak push you," kata Neelofa.
Pada 29 April lalu, Michael mendedahkan telah memeluk Islam menerusi sepotong video di saluran YouTube sama, Official Ria X.
Penghijrahan Michael itu disambut baik dan mendapat sokongan daripada semua pihak.
Must-Watch Video