Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

PDRM Kongsi Tips Ramadan Khas Untuk Pengunjung Bazar Ramadan

Fiza Kamarudin 16/05/2019 | 13:31 MYT
Setiap kali menjelang Ramadan, bazar pasti menjadi tumpuan orang ramai membeli juadah untuk berbuka puasa.
Bagaimanapun, sedar atau tidak ada sesetengah pengunjung bersikap mementingkan diri sendiri sehingga meyusahkan orang lain?
Menyedari perkara tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun sosial Instagram (IG) mereka, telah berkongsi #tipsramadan khas buat pengunjung bazar Ramadan.
Menerusi sebuah posting, PDRM menegaskan tidak akan teragak-agak mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya yang menyusahkan pihak lain.
“Sikap segelintir pengunjung bazar Ramadan yang sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan di jalan sempit sehingga menganggu lalu lintas, sangat menyusahkan pelbagai pihak.
“Hanya kerana tidak mahu berjalan jauh, golongan ini seboleh-bolehnya ingin memarkir di tempat yang paling hampir dengan gerai jualan tanpa menghiraukan keselesaan dan keselamatan pengunjung lain.
“Bagi memastikan penguatkuasaan trafik dan undang-undang terhadap mereka yang bersikap degil sebegini dilaksanakan, seramai 5,000 anggota polis trafik telah ditempatkan di hampir 250 bazar Ramadan di seluruh negara sejak 6 Mei lalu.
“Anggota trafik bertugas tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan notis saman malah menarik kenderaan pengguna yang sengaja meletakkan kenderaan mereka di kawasan tidak sepatutnya.
“Selain itu, pengguna jalan raya juga diingatkan supaya sentiasa mengunci dan memastikan keselamatan kenderaan.
“Jangan tinggalkan barangan berharga di dalam kenderaan meskipun bagi tempoh yang singkat,” seperti yang ditulis admin IG tersebut.
Kepada pengunjung bazar Ramadan, beringat-ingatlah ya…Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain.
Serta jagalah keselamatan masing-masing.
Foto: Facebook Polis Daerah Yan, Kedah
#Viral #Viral #PDRM #Tips Ramadan
;