Laman Utama
Raja Muda Selangor Pergi Bazar Bawa ‘Sia’ Mendapat Pujian Netizen
Tindakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan kekanda, Tengku Zatashah berkunjung ke bazar Ramadan dengan membawa ‘sia’ atau mangkuk tingkat mendapat perhatian.
Sibuk mencari juadah berbuka puasa di bazar Ramadan sekitar Selangor, Tengku Amir dan kekanda juga dilihat datang ke bazar berdua tanpa ditemani mana-mana pengawal peribadi.
Menerusi laman Facebook Friends of Selangor, menunjukkan beberapa keping foto Tengku Amir seorang diri mencari makanan berbuka dan sekali pandang, sudah seperti rakyat biasa.
Meneliti komen-komen netizen di laman itu juga, pergi ke bazar sambil membawa bekas sendiri sudah menjadi amalan Raja Muda dan Kekanda.
Mereka turut memuji tindakan kedua-dua anak Raja berjiwa rakyat ini apabila tidak menggunakan beg plastik dalam usaha memelihara alam sekitar.
Tengku Zatasha sebelum ini aktif melibatkan diri dalam kempen-kempen kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar.
Netizen memuji perilaku kedua-dua anak Raja ini yang sememangnya merendah diri, berjiwa rakyat dan bersifat santai.