Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Rindu Air Tangan Ibu, Ini Lima Lauk Kampung Yang Anda Harus Cuba

Azwa Rahman 13/05/2019 | 05:04 MYT
Masuk bulan Ramadan inilah tekak terasa nak makan macam-macam. Daripada pelbagai lauk-pauk enak sehingga ke kuih-muih, bulan Ramadan menjanjikan 1001 menu lazat untuk pilihan kita.
Nak masak, penat. Nak pergi bazar, malas nak bersesak-sesak. Cara paling senang adalah untuk anda berbuka puasa di luar.
Sekali-sekala, belanja orang tersayang dengan menu berbuka puasa yang enak. Cadangan kami, menu kampung!
Di Hotel De Palma Ampang, 420 menu kampung menanti pengunjung. Bertemakan Warisan Selera Kampung, cakap sahaja nak makan apa, rambang mata.
Ini lima lauk pilihan kami yang confirm buat anda tambah dua kali.
1. Sambal udang petai
Aduh, terangkat betul sambal udang petai di hotel De Palma Ampang ni. Sudahlah udangnya sebesar tapak tangan, petai pula bermata besar dan segar. Diadun sempurna dalam kawah, memang wajib cuba kalau anda mahu menikmati lauk kampung di sini.
2. Kambing golek
Setiap kali ada buffet Ramadan, memang meja kambing golek paling ramai orang beratur. Kami dah rasa, daging kambing di sini dijamin yang terbaik! Lembut, cukup berperisa dan dua sos yang disediakan saling melengkapi.
3. Goreng-goreng Kak Yah
Amboi, dari masuk dewan, anda dah nampak Kak Yah menanti kehadiran anda. Gerai goreng-goreng Kak Yah yang menyediakan gorengan seperti pisang goreng, ubi dan sukun goreng serta juga cokodok, wajib cuba!
Sebelum makan makanan berat atau selepas makan nasi, ambil gorengan ini panas-panas, cicah bersama kuah kicap yang tersedia, terbaik! Kuah kicap tu wajib, pedas dia kick betul.
4. Ayam masak sambal hijau
Jarang kita tengok menu ayam masak sambal hijau kan? Istimewanya di Hotel De Palma, Ampang, ayam masak sambal hijau dinikmati bersama nasi putih panas, terasa nikmat. Pedas cili hijau digaul bersama lembutnya ayam yang digoreng terlebih dahulu, terasa bak makan di kampung. Enak!
5. Dalca tulang kambing
Ini antara menu yang dinanti-nantikan apabila berbuka di Hotel De Palma, Ampang. Uniknya gulai dalca tulang kambing ini, ia dipadankan dengan hidangan istimewa Ramadan, nasi bukhari bersama kismis dan gajus.
Dimasak di dalam kawah, dalca tulang kambing ini harus anda ambil cepat sebelum habis!
Kecur liur dengan menu yang disediakan? Ini sebahagian daripada 420 menu yang pastinya buat anda senang hati.
Selain menu berbuka yang menarik. Hotel De Palma Ampang juga menyediakan tempat untuk anda solat maghrib, solat tarawih serta qiamullail.
Tawaran harga bagi seorang dewasa adalah RM89 namun jika anda membuat tempahan secara online di sini, anda boleh nikmati harga RM79 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak.
Selamat menikmati menu selera kampung dan selamat berbuka puasa.
#Ramadan #Lauk sedap #Selera kampung
;