Laman Utama
"Saya Tidak Pernah Rasa Terbeban Pakai Kasut Tumit Tinggi Sebab ....." - Ara Johari
Penyanyi Ara Johari mengakui harus tampil mengayakan imej bersesuaian dengan majlis yang dihadirinya sepanjang bulan Ramadan ini.
Menurut Ara, walaupun dia sebelum ini tampil dengan imej sedikit ‘boyish’, namun Ara mengakui tidak mempunyai masalah untuk memakai kasut tumit tinggi dan berpakaian bersesuaian dengan tema sesebuah majlis dihadiri.
"Alhamdulillah, saya dapat membiasakan diri dengan imej berbaju kurung dan berkasut tinggi ketika menghadiri majlis yang bersesuaian sepanjang bulan Ramadan.
"Saya tidak pernah rasa terbeban pakai kasut tumit tinggi sebab bukannya saya perlu pakai hari-hari kerana saya cuma pakai ketika menghadiri majlis yang dijemput.
"Saya cuma tidak selesa untuk berdiri lama-lama kalau pakai high heels dan saya harus biasakan diri pakai high heels supaya tidak janggal bila berjalan.
"Jadi saya akan memakai pakaian yang sesuai dengan majlis yang dihadiri dan imej dulu masih saya kekalkan," katanya kepada Gempak.
Ara berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Sementara itu, jangan lupa untuk mendengar single raya terbaharu daripada Ara bersama Sufi Rashid, Usop dan Masya Masyitah iaitu Sempurna Seadanya.
Must-Watch Video