Laman Utama
Scha Alyahya Ingin Nikmati Bulan Puasa Bersama Lara Alana
Pelakon dan pengacara Scha Alyahya akui tidak ingin menerima tawaran berlakon semasa bulan Ramadan.
Namun begitu, Scha banyak menerima tawaran dan menganggap ia adalah rezeki kepadanya.
"Untuk bulan Ramadan ini kalau boleh saya tidak ingin menjalani sebarang penggambaran namun saya menerima tawaran untuk berlakon sebuah drama.
"Setiap tahun saya akan cakap jangan 'shooting' semasa bulan puasa.
"Tetapi banyak tawaran yang datang ketika bulan puasa, itulah yang dinamakan rezeki," katanya kepada Gempak.
Tambah isteri kepada pengacara Awal Ashaari dia tidak ingin terlampau bekerja kerana ingin menikmati masa bersama anak, Lara Alana sepanjang berpuasa.
"Saya seronok apabila jam enam petang kru produksi akan berhenti menjalani penggambaran.
"Seronok merasai pengalaman itu tetapi kalau boleh saya tidak mahu terlampau bekerja.
"Saya ingin merasa bangun bersahur dan berbuka bersama anak memandangkan kini Lara sudah besar," katanya lagi.