Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Sebelum Ini Memang Tak Pernah Puasa Penuh, Tapi ....." - Waris Tak Kisah Kena Kecam

Rozaimi Zubaidi 07/05/2019 | 03:58 MYT
Penyanyi Waris mengakui mula berpuasa penuh pada tahun lalu selepas mendapat dorongan daripada isterinya, Izzati Amirah.
Menurut Waris, kesedaran itu timbul selepas isterinya menyatakan kekecewaan terhadap dirinya yang tidak berpuasa walaupun sudah mempunyai dua orang anak.
"Sejujurnya saya mula berpuasa penuh bermula pada tahun lalu selepas mendapat dorongan daripada isteri.
"Sebelum ini memang tak pernah puasa penuh, tapi Alhamdulillah pada tahun lalu saya berjaya puasa penuh untuk pertama kali dalam hidup saya.
"Saya berkongsi perkara ini kerana saya tak kisah orang nak kecam sebab ini adalah diri saya, jadi nak buat macam mana sekurang-kurangnya saya telah berubah jadi yang lebih baik.
"Saya berharap agar tahun ini dapat berpuasa penuh dan meningkatkan lagi amal ibadah," katanya kepada Gempak.
Waris berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single Deru bersama Xpose Band di Red Box, The Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.
Terdahulu, Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias telah berkahwin dengan isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin pada 3 Ogos 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.
#Penyanyi #Waris #Penyanyi #Puasa
;