Laman Utama
“Selekeh, Tak Sempat Bersiap Pun Tak Apa Janji Anak Cantik” – Isteri Tauke Jambu Tak Sabar Nak Raya
Isteri pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi akui tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri bersama anaknya perempuannya, Zamatul Khayla Aydina.
Nadia berkongsi perasaan teruja itu menerusi akaun Instagramnya semalam.
Kata Nadia, keutamaan ketika menyambut hari raya diberikan perhatian sepenuhnya kepada anaknya.
“Tak sabar nak balik kampung berbuka dengan keluarga lepas tu beraya, yeay. Persiapan raya tahun ni mommy simple je.
“Tak siap pun tak apa janji anak-anaklah yang penting dulu. Dah ada anak ni lain sikit. Apa-apa mommy selekeh pun tak apa, tak sempat nak bersiap bermekap pun tak apa janji siapkan anak dulu, susu pampers makan semua.
“Tu lah pengorbanan bila dah menjadi ibu ni. Tak apalah mommy tak cantik pun macam orang lain, janji anak mommy cantik,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Tauke juga tidak melepaskan peluang untuk mengusik isteri kesayangannya.
“Macam ni lah cara saiko suami nak ajak shopping. Yelah, yelah last jom sayang,” tulis Tauke.
Terdahulu, Nadia dan Tauke itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak, Zamatul Khayla Aydina 26 Oktober 2018.
Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.
Foto: Instagram @_nadiayaya6
Must-Watch Video