Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sempurna Seadanya, Astro Tayang 75 Program Menarik Selain Tajaan Pekej Umrah & Ziarah Sempena Ramadan

Mya Amri
01/05/2019 18:29 MYT
Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan, Astro menawarkan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat menerusi platform televisyen, radio, ruangan digital dan penganjuran aktiviti lapang.

Mengangkat tema Sempurna Seadanya tahun ini yang diambil menerusi lima teras utama iaitu keredhaan, kasih sayang, kebahagiaan, kesyukuran dan jalinan persaudaraan dilihat mampu untuk menterjemahkan mesej positif kepada setiap lapisan masyarakat.

Menurut Pengurut Saluran Astro Ria, Astro Citra & Tayangan Hebat, Emarina Kamal, pihak Astro telah menyusun seleksi program yang sarat dengan mesej positif yang boleh dijadikan sebagai contoh buat masyarakat.

“Sebanyak 75 program menarik menanti sempena Ramadan, untuk tahun ini kami menawarkan banyak program-program baharu khas buat penonton.

“Antaranya merangkumi program-program keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, sketsa, animasi, komidi dan rancangan khas seperti travelogue, variasi dan bual bicara,” katanya ketika sidang media majlis tayangan perdana Ramadan Astro 2019 pada Selasa.

Antara yang ditawarkan menerusi platform televisyen adalah drama Curi-Curi Cinta (Zahirah Mcwilson, Aiman Hakim), Imaan (Remy Ishak, Nora Danish, Fendy Bakry), program masakan Resipi Mak Esah (Sherry Al Hadad, Mira Filzah), Michael Ang’s Halal Kitchen, program stagecom 3 Dara Pingitan, Ustaz Evo (S2), program travelogue, Finding Origins: Aliza Kasim dan banyak lagi.

Menerusi platform radio pula antaranya Soq Pagi ERA, ZAYAN Sahoor, Teman Sahur SINAR dan Saing Sahur GEGAR.

Manakala menerusi digital pula adalah mini siri Celup (Gempak), Iftar Ala King (Gempak), Sah To Share 2.0 (Gempak), Gema Azan (Gempak), Snaps dan Hitlist (Rojak Daily), dan Tip Pemanduan Ramadan (Behind The Wheel, Drebar).

Go shop juga akan menyajikan program eksklusif Memori Ramadan Chef Wan, dan Celebs With Joy (Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Fouziah Gous).

Syarikat pengurusan bakat Astro, Rocketfuel Entertainment juga turt meraikan kehadiran Ramadan dan Raya 2019 dengan menghasilkan sebuah album kompilasi khas, Sempurna Seadanya.

Antara artis yang terlibat adalah Zizan Razak, Hael Husaini, Ara Johari, Sufi Rashid, Syamel, Ernie Zakri dan Masya Masyitah.

Istimewanya tahun ini juga, Astro menerusi program kesetiaan pelanggan (Astro Reward) akan menaja lima pasangan bertuah untuk menunaikan umrah.

Berikut merupakan perkara-perkara menarik yang ditawarkan:

Eksklusif Peraduan Umrah & Ziarah 2019

Anda berhajat ingin menunaikan umrah? Sempurnakan hajat anda pada bulan yang mulia tahun ini dengan hanya menjawab satu soalan mudah. Anda berpeluang memenangi pakej menunaikan umrah ekslusif tajaan ASTRO bernilai sehingga RM100,000!

Gandakan peluang anda untuk memenangi peluang ini dengan melanggan pakej Super Pack & Super Pack Plus sekarang.

Lima pasangan bertuah bakal memenangi Pakej Umrah & Ziarah ekslusif bernilai RM100,000

Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan Astro yang aktif untuk Mustika Pack ALC, Starter Pack dengan Mustika, Nilai Pek, Super Pack Lite, Super Pack & Super Pack Plus

Tempoh Penyertaan: 1Mei 2019 – 31 Julai 2019

Layari contest.astro.com.my untuk maklumat lanjut!


Jualan Ramadan Kini Bermula Dengan Astro Rewards!

Khas untuk pelanggan Astro, dapatkan diskaun sehingga 70% dan baucar Go Shop bernilai RM20! Terdapat pelbagai barangan eksklusif seperti telekung Siti Khadijah & Zaahara, barangan elektrik Samsung, LG & Cornell serta alat peranti Huawei pada harga yang menarik kini menanti anda di Go Shop.

Jualan bermula pada 15 April sehingga 15 Mei. Dapatkannya segera!

Layari rewards.astro.com.my untuk maklumat lanjut!


Sempurna Seadanya Ramadan Astro GO 2019

Astro GO dengan rendah hati ingin meraikan Ramadan bersama pelajar-pelajar universiti tempatan dan pengguna Astro GO di dua lokasi berikut:


10 Mei 2019, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Kolaborasi ini adalah kerjasama kami bersama Inasis TNB dan School of Creative Industry Management & Performing Arts (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia (UUM) serta rakan-rakan Ramadan seperti Kengkawan Project, Sahabat YADIM, Saudara Asyraf Azehar FINE, PU Hilmi dan selebriti pilihan ramai seperti Sufian Suhaimi, Amir Masdi, Altimet, Daqmie, Afad (Raihan), Fad Anuar, Amir Masdi, Fitri Haris & ramai lagi.

Astro GO akan mengagihkan juadah berbuka puasa dan barangan eksklusif Astro GO kepada 1000 pelajar UUM serta pengguna yang menyambungkan akaun Astro dengan aplikasi Astro GO.

Pengguna bertuah juga bakal disajikan dengan tazkirah Ramadan oleh PU Hilmi dan Saudara Asyraf Azehar FINE disamping berhibur secara santai dengan persembahan selebriti pilihan yang akan turut berbuka puasa bersama pengguna Astro GO di sana.

Pengguna Astro GO yang bertuah juga bakal memenangi cabutan bertuah di lokasi ini!


13 Mei 2019, UiTM, Shah Alam, Selangor

Kolaborasi ini adalah kerjasama kami bersama Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (PIMPIN) serta rakan-rakan Ramadan seperti Kengkawan Project, Sahabat YADIM, Saudara Asyraf Azehar FINE, PU Hilmi, Zayan, Persatuan Keluarga Polis IPD Brickfields (PERKEP) dan selebriti pilihan seperti Andi Bernadee & kumpulan nasyid popular Mestica.

Astro GO akan mengagihkan juadah berbuka puasa dan barangan eksklusif Astro GO kepada 1000 pelajar UiTM serta pengguna yang menyambungkan akaun Astro dengan aplikasi Astro GO.

Pengguna bertuah juga bakal disajikan dengan tazkirah Ramadan oleh PU Hilmi dan Saudara Asyraf Azehar FINE dan akan dihiburkan secara santai dengan persembahan Andi Bernadee dan Mestica yang akan turut berbuka puasa bersama pengguna Astro GO di sana.

Pengguna Astro GO yang bertuah juga bakal memenangi cabutan bertuah di lokasi ini!

Untuk kedua-dua lokasi di atas, pengguna hanya perlu hadirkan diri ke lokasi, muat turun aplikasi Astro GO dan sambungkan akaun Astro untuk menerima juadah berbuka puasa dan barangan eksklusif Astro GO.

Zayan juga akan mengundang PERKEP, YADIM & PIMPIN pada 8 Mei 2019 untuk sesi temubual eksklusif bersama Salam Bros.

Untuk mendapatkan info-info terkini mengenai Ramadan Astro 2019, layari www.astroraya.com.my.
#Astro #Ramadan 2019
;