Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

SpongeBob & Patrick Berbaju Melayu? Sunway Lagoon Muncul Dengan Tema Raya!

Hanafis Haris
06/05/2019 06:27 MYT
Sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi, Sunway Lagoon tampil unik dengan aktiviti dan tarikan bertemakan watak daripada Nickelodeon bermula 25 Mei hingga 9 Jun.

Antara yang bakal memeriahkan taman tema itu termasuk lah SpongeBob SquarePants dan Patrik, Dora the Explorer serta Teenage Mutant Ninja Turtles.

Biarpun tema Nickelodeon telah diperkenalkan dua tahun lalu, namun berbezanya kali ini ia akan digabungkan dengan kemeriahan sambutan Aidilfitri.

Pernah melihat SpongeBob SquarePants dan Patrick menyarungkan baju Melayu? Cute bukan?

Difahamkan, terdapat beberapa daya tarikan yang direka khusus untuk watak daripada Nickelodeon dan antaranya permaianan 'Dora and Boots puzzle', permainan buih bersama SpongeBob SquarePants serta 'Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) Shuriken Kids Challenge'.

Untuk menambah keseronokkan, Sunway Lagoon turut memberi pas masuk percuma untuk 30 orang yang bertuah akan dipilih setiap hari bermula 5 hingga 9 Jun.

Untuk segala informasi lanjut mengenai tarikan ini, layari laman web www.sunwaylagoon.com atau singgah ke laman Facebook Sunway Lagoon Malaysia!
#Sunway Lagoon #Patrick #Spongebob