Laman Utama

Tak Kira Saiz... XS Hingga 4XL, Serlahkan Aura Kejelitaan Anda Di Pagi Raya!

gempak
Kamaruddin Razal
26/05/2019
01:38 MYT
Sponsor Banner
Tak Kira Saiz... XS Hingga 4XL, Serlahkan Aura Kejelitaan Anda Di Pagi Raya!
Jenama fesyen POPLOOK menyerlahkan aura kejelitaan wanita dalam membantu semua untuk tampil bergaya dan mempamerkan keanggunan mereka di hari raya.
Menawarkan lima koleksi (Azure, Petals, Aurora, Harvest & Nomad) secara istimewa sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, jenama ini menawarkan busana pelbagai saiz, dari XS hingga 4XL dan ia juga turut menawarkan saiz untuk si comel yang berusia satu hingga lapan tahun!
Antara busana koleksi Aurora
Antara busana koleksi Azure
Antara busana koleksi Harvest
Antara busana koleksi Nomad
Antara busana koleksi Petals
“Kami sentiasa mendengar maklum balas dari pelanggan kami sejak 10 tahun lepas dan kami sentiasa mengubah rekaan kami sesuai dengan kehendak mereka," kata Nik Amanina Liyana, ketua pereka fesyen jenama terbabit di POPLOOK ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen Jom Raya with POPLOOK di Publika baru-baru ini.
Dalam pada itu, peminat jenama ini juga dapat menjangkakan rekaan yang unik, menggunakan fabrik berkualiti tinggi dan rekaan struktur yang mengutamakan keselesaan.
"Keselesaan memang keutamaan kami. Selain itu, kami memahami semua golongan wanita yang datang dari pelbagai saiz. Jadi, kami sediakan rangkaian size sehingga 4XL.
"Ibu dan anak juga dapat bergaya sedondon dengan busana mereka serta kesemua busana wanita ini menampilkan ciri mesra wuduk, iaitu dengan zip tersembunyi pada hujung lengan," kata Emylia Anwar selaku Ketua Pemasaran POPLOOK.
Koleksi ini boleh diperolehi di kedai dan cawangan POPLOOK di Sogo KL, Setia City Mall dan The Curve Mall atau dalam talian di www.poplook.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live