Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tips Berjimat Menjelang Raya

Fiza Kamarudin
24/05/2019 07:07 MYT
Tinggal 10 hari sahaja lagi kita semua akan menyambut Aidilifitri dan kebiasaannya, ini adalah waktu kemuncak untuk menyediakan segala kelengkapan.

Sedar atau tidak, kita akan ‘terlebih’ belanja (tidak semua orang, tapi kebanyakannya) setiap kali keluar membeli belah?

Haaa..ada caranya jika kita tak nak ‘over budget’. Apa kata ikut tips di bawah, mana tahu berguna:

1. Jenguk almari
Ini paling penting sebab dalam almari tu kadang-kadang ada je baju yang belum pernah dipakai atai pakai sekali (itu pun untuk kenduri kahwin). Tak salah kalau ‘recycle’ baju yang masih baru tu kan?

2. Senarai barang
Sebelum keluar rumah, tulis dulu apa barang yang hendak dibeli supaya tak terbeli apa yang tak perlu.

3. Bawa duit cukup-cukup
Bajet adalah yang paling penting. Jadi apa kata sebelum keluar membeli belah tu bawa duit cukup-cukup sahaja dalam dompet. Maknanya kiralah siap-siap duit belanja ‘shopping’, makan dan petrol tu. Tinggalkan kad debit dan kredit kat rumah! Comfirm selamat!

4. Buat kuih raya sendiri
Serius cakap, kalau nak berjimat cermat kenalah rajin sikit kan…Modal untuk buat kuih sendiri tak setinggi ‘kuih tunjuk-tunjuk’. Kuih tunjuk-tunjuk RM25 tak dapat pun 100 bijik, tapi kalau buat sendiri, modal banyak tu boleh dapat sekali ganda jumlah kuih tau!

5. Masukkan duit raya siap-siap dalam sampul
Asingkan siap-siap duit raya dalam sampul. Bukan apa takut terguna dengan duit bil harian.

6. Tak payah tukar duit raya
Ini mungkin tak relevan bagi sesetengah orang, tetapi kita kan berbelanja ikut kemampuan? Tak perlu beri duit raya sekiranya tak mampu untuk menyediakannya. Mungkin boleh ganti dengan gula-gula?

7. Jangan jadi ‘makcik Bawang’
Maksudnya kat sini, jangan sibuk nak intai rumah jiran tukar karpet, perabot, kereta baru! Atau rajin ‘stalk’ Rozita Che Wan beli baju raya 99 pasang. Jadi diri sendiri, please…

8. Kena pandai buat perbandingan harga
Sekarang ni kan dah banyak karnival dan festival raya. Nak membeli secara online pun boleh.. Yang penting kena luangkan masa sikit untuk buat perbandingan harga.

9. Recycle atau DIY barang perhiasan rumah
Kalau kita tengok langsir, sarung bantal semua tu boleh digunakan lagi, kenapa perlu membazir tukar-tukar? Kalau rasa nak tukar juga, mungkin boleh guna teknik ‘mix and match’ atau DIY sahaja untuk dekor rumah. Mudah kan?

10. Pakai baju ‘sekayu’
Lebih jimat kalau yang pandai menjahit. Beli satu kayu kain dan rayalah sedondon dengan ahli keluarga anda. Cantik dan nampak sehati-sejiwa-sekeluarga gitu…

Agak-agak ada tips yang membantu tak? Kalau boleh elak-elakkanlah pembaziran menjelang Hari Raya ni ya, sebab tak guna menunjuk-nunjuk hakikatnya sanggup berhutang semata-mata nak beli perabot baru hanya untuk berhari raya. Heh!

Jadikan raya kita #sempurnaseadanya...


#Tips #Raya 2019 #Tips Jimat
;