Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Warna & Jenis Fabrik Baju Raya Kena Sama”, Vivy Teruja Beraya Bersama Anak Ketiga

Azwa Rahman
04/06/2019 02:30 MYT
Usahawan muda dan fashionista, Datin Vivy Yusof teruja untuk menyambut lebaran kali ini bersama dengan anak ketiganya, Sarah Ilham Shah, 8 bulan.

Bakal mengenakan tema berwarna ungu lilac pada hari raya pertama, dia perlu menyiapkan banyak baju untuk digayakan oleh anak-anaknya selama sebulan umat Islam menyambut bulan Syawal.

“Kalau sebelum ada anak perempuan, saya cari baju raya untuk saya dulu barulah untuk suami dan anak lelaki.

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on


“Tapi sekarang dah ada Mariam dan Sarah, saya dah tempah baju raya untuk mereka berdua bersama rakan pereka, alhamdulillah semuanya dah selesai”, ujarnya ketika ditemubual selepas majlis pelancaran alat solek dUCk Cosmetics dan X-Men: Dark Phoenix.

Vivy melahirkan Sarah pada 10 Oktober tahun lalu dan pasangan ini bahagia bersama dua lagi anak mereka, Daniel Azim Shah, 6, dan Mariam Iman Shah, 4.

Sambil teruja menyambut lebaran bersama ahli keluarga baru, Vivy turut gembira di atas kolaborasi jenama alat soleknya, dUCk Cosmetics bersama filem ‘X-Men: Dark Phoenix’.

A post shared by dUCk Cosmetics (@duckcosmetics) on


Menurut Vivy lagi, dia hampir tidak percaya dapat berkolaborasi bersama filem antarabangsa yang popular di seluruh dunia.

“Apabila pihak Fox Movies memilih kami untuk berkolaborasi, ia ibarat satu penghargaan buat saya dan pasukan dUCk Cosmetics”.

Rangkaian alat solek X-Men dan dUCK Cosmetics terdiri daripada dua palet pembayang mata dengan lapan warna setiap satu dan empat warna lipstick.
#Raya #Baju Raya #Aidilfitri